Tuesday, August 30, 2016

EXPLORE WITH SEGAMAT CADET CORPS BAND KOMPENI BRASS BAND SESI JUN - OKTOBER 2016

     Program Induksi iaitu Explore with Segamat Cadet Corps Band Kompeni Brass Band ini diadakan khas untuk pelajar kokurikulum semester satu, semester dua dan semester tiga Kompeni Brass Band UiTM Johor. Program induksi ini telah diadakan di sekitar kawasan UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat pada 23 Julai 2016 bersamaan hari Sabtu. Induksi ini bertujuan untuk menguji ketahanan mental serta fizikal para pelajar kokurikulum Kompeni Brass Band.
     Program ini dianjurkan oleh Kompeni Brass Band UiTM Cawangan Johor sendiri bagi menyemai semangat kerjasama dalam aktiviti berkumpulan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pelajar, komander-komander Kompeni Brass Band serta senior-senior Kompeni Brass Band. Program ini juga telah dijalankan selama satu hari.
Seterusnya, program ini juga diadakan bagi meningkatkan tahap keyakinan, pemikiran secara kreatif dan kritis serta kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah bagi setiap aktiviti yang disertai. Ia juga dapat melatih mereka supaya lebih berani dalam menghadapi sesuatu situasi yang menguji tahap keberanian mereka. Oleh itu, secara tidak langsung Explore with Segamat Cadet Corps Band Kompeni Brass Band (Induksi) sedikit sebanyak membantu para pelajar kokurikulum Kompeni Brass Band UiTM Cawangan Johor menuju ke arah perubahan yang lebih baik.

TARIKH DAN LOKASI
Program Explore with Segamat Cadet Corps Band Kompeni Brass Band (Induksi) telah diadakan pada 23 Julai 2016 bersamaan hari Sabtu. Program diadakan di sekitar kawasan UiTM Cawangan Johor.

PENYERTAAN DAN KEHADIRAN
Program Explore With Segamat Cadet Corps Band Kompeni Brass Band (Induksi) ini telah disertai oleh para pelajar kokurikulum dari semester satu hingga semester tiga Kompeni Brass Band.

MATLAMAT
Program Explore With Segamat Cadet Corps Band Kompeni Brass Band (Induksi) ini dianjurkan bertujuan untuk:

·         Menyemai semangat kerjasama yang erat di antara para pelajar kokurikulum dalam setiap tugasan yang diberikan serta dapat menjalinkan hubungan ukhwah sebagai sebuah keluarga.
·         Memupuk sikap berdikari, berani dan berfikiran kreatif dalam setiap perbuatan dalam menghadapi sesuatu situasi yang perlu mereka hadapi.
·         Mendidik para pelajar kokurikulum Kompeni Brass Band UiTM Johor dalam menyemai sikap toleransi di antara pelajar kokurikulum dan sentiasa ikhlas dalam melakukan setiap amanah serta tugasan yang diberikan.
·         Melahirkan para pelajar kokurikulum yang seimbang dari semua aspek iaitu rohani, jasmani dan intelektual yang dapat menjadikan seseorang yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara.
·         Merapatkan hubungan sesama pelajar kokurikulum dengan komander dan senior agar mereka dapat mengenali dengan lebih rapat dan erat.
Secara kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa Program Explore with Segamat Cadet Corps Band (SCCB) Kompeni Brass Band (Induksi) membawa kejayaan dari segi pelaksanaan walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul dari segi yang tidak dapat dilihat secara terang atau dielakkan tetapi masalah itu tetap wujud sepanjang aktiviti ini berlangsung. Permasalahan tetap akan terjadi di dalam setiap acara yang dilakukan cuma bezanya cara kita mengendalikan permasalah yang timbul itu dengan sewajar mungkin dan secara professional.



                                                                                        

No comments:

Post a Comment