MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 19, 2016

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN KOMPENI ALPHA SESI JUN-OKTOBER 2016

Pada 15 julai 2016 yang lepas telah diadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kompeni Alpha yang bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 10 pagi.


Pada mesyurat agong kali ini, saudari KRM Nur Saffa Aina binti Suhaimi bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih diucapkan serta kata alu-aluan untuk para tetamu yang hadir.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah diketuai oleh saudara Muhammad Ayman Ammar bin Mahat bagi memberkati lagi majlis ini.


Majlis kemudian menjemput penasihat Kompeni Alpha iaitu Mej. (K) Rosnani binti Mohd Salleh untuk memberikan ucapan alu-aluan. Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar semester 1 ke Kompeni Alpha. Beliau turut berharap agar kesemua pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik kepada jurulatih dan memberikan segala komitmen terhadap aktiviti yang bakal dijalankan pada semester ini.


Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Ketua Kompeni Alpha iaitu KMdy Siti Saliza binti Md Said untuk memberikan ucapan serta melantik ahli jawatankuasa yang baru dan membubarkan ahli jawatankuasa yang lepas.

Ucapan daripada Ketua Kompeni

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil barisan top 10 iaitu KMdy Haifaa Syafiqah binti Azmi untuk memberikan ucapan. Beliau telah memperkenalkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI pada semester ini serta mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar semester 1 Kompeni Alpha.



Para tetamu didedahkan lagi dengan tayangan multimedia yang telah disediakan. Seterusnya para tetamu dijemput untuk menjamu hidangan yang telah disediakan selepas tayangan multimedia.

Para hadirin menyanyikan lagu UiTM Dihatiku

Pengerusi majlis iaitu saudari KRM Siti Nur Saffa Aina Binti Suhaimi mengharapkan kerjasama dari setiap Ahli Kompeni supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.


No comments:

Post a Comment