MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 19, 2016

MAJLIS PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI BULAN SABIT MERAH SESI JUN-OKTOBER 2016

Pada 17 julai yang lepas telah diadakan Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah yang bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 8 malam.

Majlis kali ini telah dikelola oleh KRK Nur Nadia binti Rosli sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih telah diucapkan kepada tetamu VIP yang hadir, barisan top 10, barisan Majlis Tertinggi, mantan-mantan dan para pelajar Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah.

Bagi memberkati majlis ini, KRK Muhammad Farouqi Izzad bin Abdul Rahman telah mengetuai bacaan doa, asmaul husna dan doa rabitah.

Kemudian majlis menjemput Ketua Kompeni Persatuan Bulan sabit Merah iaitu KM Muhammad Alif Haikal bin Nor Azman untuk memberikan ucapan sekali gus memperkenalkan ahli jawatankuasa yang baru dan memebubarkan ahli jawatankuasa yang lama.

 Ucapan daripada Ketua Kompeni

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil barisan top 10 iaitu KMdy Muhammad Zulfadhli Fazoli bin Zakaria. Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar yang baru mendaftar pada semseter ini ke Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Beliau turut memberikan kata semangat kepada para pelajar untuk terus menaikkan nama PBSM terutama dalam pertandingan PERKAD yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ucapan daripada wakil Top 10

Para tetamu kemudian didedahkan dengan tayangan multimedia yang telah disediakan. Kemudian para tetamu dijemput untuk menjamu hidangan yang telah disediakan setelah tayangan multimedia tamat.


Pengerusi Majlis iaitu KRK Nur Nadia Binti Rosli berharap agar segala amanat dan ilmu berguna yang telah disuntik dapat diaplikasikan dan digunakan sebaik mungkin serta menjadi  pembakar semangat untuk terus berjuang menaikkan nama Kompeni PBSM, UiTM CAWANGAN Johor, Kampus Segamat pada semester ini lebih setapak lagi. Pengerusi majlis telah mengakhiri Perjumpaan Dwi-tahunan pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

 Para VIP bergambar bersama para komander dan para pelajar selepas majlis

No comments:

Post a Comment