MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 19, 2016

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN KESATRIA KEMBARA SESI JUN-OKTOBER 2016

Pada 18 julai yang lalu, telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara yang bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 8 malam.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Muhammad Nur Asyraf bin Ujud.

Bacaan oleh pelajar Kokurikulum

Kemudian majlis diteruskan dengan menjemput penyelaras Kompeni Kembara iaitu Left. (K) Muhammad Fairus bin Abdul Shukor untuk memberikan ucapan. Beliau telah mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar semester 1 yang berdaftar untuk kompeni Kembara. Beliau turut menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung pada semester ini.

Ucapan daripada Penyelaras Kompeni

Seterusnya majlis telah menjemput Ketua Kompeni Kembara iaitu KMdy Nur Azwaa Fazila binti Yahya untuk memberikan ucapan alu-aluan serta memperkenalkan ahli jawatankuasa yang baru dan membubarkan ahli jawatankuasa yang lepas.

 Ucapan daripada Ketua Kompeni

Majlis kemudiannya menjemput wakil daripada barisan top 10 iaitu KMdy Asiahtul Qubra binti Mat Zin selaku timbalan pegawai memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI untuk memberikan ucapan. Beliau telah memperkenalkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI.

Ucapan daripada wakil Top-10

Kemudian majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia yang telah disediakan. Majlis menjemput tetamu untuk berpindah majlis bagi menikmati hidangan yang telah disediakan selepas tayangan multimedia tamat.


Pengacara majlis berharap agar segala amanat dan ilmu berguna  yang telah disampaikan dapat diguna sebaik mungkin oleh para pelajar. Pengerusi majlis telah mengakhiri majlis dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Ash.

No comments:

Post a Comment