MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 19, 2016

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI BOMBA DAN PENYELAMAT SESI JUN-OKTOBER 2016


Pada 15 julai yang lepas telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Bomba dan Penyelamat yang bertempat di Dewan Kuliah 1(DK1) pada jam 8.30 malam.

Pada perjumpaan dwi-tahunan ini, pengerusi majlis iaitu KRM Nurfarahien binti Sa'id telah memberi kata alu-aluan kepada tetamu VIP, wakil barisan top 10, Majlis Tertinggi dan para pelajar kompeni Bomba Dan Penyelamat.


Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa daripada pelajar kokurikulum iaitu Muhammad Ashwad bin selamat bagi memberkati lagi majlis ini


Kemudian majlis menjemput Lt. (K) Muhizan Bin Miskam selaku wakil penyelaras Kompeni Bomba dan Penyelamat telah memberikan sepatah dua kata sebagai pengenalan diri beliau kepada pelajar kor. Beliau juga telah memberikan gambaran kepada pelajar kor tentang aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung pada masa yang akan datang. Beliau juga menasihati pelajar kor agar memberikan komitmen yang tinggi, memberi kerjasama dalam semua aktiviti-aktiviti kompeni, dan sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh jurulatih.


Kemudian majlis mempersilakan selaku Pegawai Kehormat Kompeni Bomba dan Penyelamat, iaitu Mejar (K) Ahmad Kamalrulzaman Bin Othman juga telah memberikan sepatah dua kata sebagai pengenalan diri beliau kepada pelajar kor. Beliau mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli baru Kompeni Bomba dan Penyelamat dengan mengucapkan selamat datang ke dalam kompeni ini. Seperti penyelaras Kompeni Bomba dan Penyelamat, beliau juga mengharapkan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada pelajar-pelajar kor Kompeni Bomba dan Penyelamat.  


Majlis diteruskan lagi dengan menjemput ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat, iaitu KMdy Muhammad Noriman Bin Mohd. Ali telah membuat perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Bomba dan Penyelamat sesi Jun – Oktober 2016.


Kemudian, KMdy Izzah Izzati Binti Shuib selaku wakil TOP 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria pada semester ini telah memberikan ucapan. Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Bomba dan Penyelamat yang hadir kerana  telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada perjumpaan kali ini. Beliau berharap agar komitmen ini diteruskan sehingga ke hujung semester. Disamping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti komander yang telah berlangsung baru-baru ini sekali gus mengajak pelajar-pelajar kor untuk menyertai Komander Kesatria. 

 
Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan.

Pengerusi majlis iaitu KRM Nurfarahien Binti Sa’id mengharapkan kerjasama dari setiap ahli Kompeni Bomba dan Penyelamat supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

 Gambar kenang-kenangan Kompeni Bomba dan Penyelamat

No comments:

Post a Comment