MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, October 09, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI KEMBARA KESATRIA SESI SEPTEMBER 2017 – JANUARI 2018

Pada 2 Oktober 2017 bersamaan dengan hari Isnin yang lepas telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kembara Kesatria sesi September 2017 – Januari 2018 di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 8.45 malam.

Pendaftaran pelajar semester 1 dan 3

Pengacara majlis bagi perjumpaan kali ini ialah KRK Nurul Anis binti Saipol Bahri. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada penasihat kompeni Kesatria Kembara, penyelaras kompeni kesatria kembara, wakil TOP 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK), Komander Kehormat kompeni Kesatria Kembara, jurulatih-jurulatih kompeni Kesatria Kembara, barisan TOP 10, barisan MT, ketua kompeni Kesatria Kembara , pelajar semester 1 dan 2 kompeni Kesatria Kembara kerana sudi menghadiri diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara sesi September 2017 – Januari 2018.

Pengacara majlis dalam Perjumpaan Dwi-Tahunan 
Kompeni Kembara Kesatria sesi September 2017 – Januari 2018

Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga lagu wajib. Seterusnya bacaan doa diketuai oleh Muhammad Fikri Haziq bin Ayob.

Bacaan doa yang diketuai oleh Muhammad Fikri Haziq bin Ayob

Majlis seterusnya menjemput Ketua Kompeni Kesatria Kembara untuk membubarkan Ahli Jawatankuasa Kompeni Kesatria Kembara yang lama dan membuat perlantikan ahli jawatankuasa yang baru bagi kompeni Kesatria Kembara sesi September 2017 – Januari 2018. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh wakil TOP 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batallion VI (JPKK), iaitu Kmdy Mohd Ariff Hakimi bin Azemi. Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua ahli kompeni Kesatria Kembara kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menghadiri perjumpaan kali ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) yang berlangsung baru-baru ini.

Ucapan daripada Ketua Kompeni Kesatria Kembara


Ucapan daripada Wakil Top 10

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput penasihat kompeni Kesatria Kembara Kapten (K) Irwan bin Ismail (KEST) untuk menyampaikan sedikit ucapan.

Ucapan daripada Penasihat Kompeni Kesatria Kembara

Majlis terus berlangsung dengan tayangan multimedia yang mendedahkan tentang aktiviti-aktiviti semester lepas pada para tetamu. Kemudian majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan pasukan sorakan yang telah memenangi tempat ke-empat dalam acara perkad 2017 baru-baru ini. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan lagu UiTM dihatiku. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah ke majlis untuk menjamu hidangan yang telah disediakan.

Persembahan daripada pasukan sorakan Kompeni Kesatria Kembara dalam acara Perkad 2017

Gambar kenang-kenangan Kompeni Kesatria Kembara

No comments:

Post a Comment