MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, October 19, 2017

MAJLIS PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI SISWA BOMBA BANTUAN SESI SEPTEMBER 2017-JANUARI 2018

Pada malam 9 Oktober 2017,bersamaan pada hari Isnin,telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Dwi-tahunan Kompeni Siswa Bomba Bantuan sesi September 2017 - Januari 2018 di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada pukul 8.00 malam.

                   Perjumpaan ini telah dihadiri oleh tetamu VIP iaitu Kapt. (K) Siti Zarikh Sofiah binti Abu Bakar (KEST),selaku penasihat Kompeni Siswa Bomba Bantuan.Majlis juga menjemput KK Firdaus bin Hamdi,selaku wakil top,KM Ainnur Haziqah binti Mohd Rapi,selaku ketua kompeni Siswa Bomba Bantuan,barisan jurulatih kompeni Siswa Bomba Bantuan,Komander Kehormat,wakil Top,Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria,serta para pelajar kokurikulum Kompeni Siswa Bomba Bantuan.

                 KRK Siti Nur Amirah binti Ahmad Zamri telah diberi amanah untuk menjadi pengerusi majlis pada malam tersebut.Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis,disertai dengan nyanyian 3 buah lagu wajib serta bacaan doa oleh wakil pelajar kokurikulum bahagian 1, saudara Azrin Hakim bin Azhar.

Bacaan doa oleh Saudara Azrin Hakim bin Azhar.

Ketua Kompeni Siswa Bomba Bantuan, KM Ainnur Haziqah binti Mohd Rapi
bersama wakil TOP10, KK Firdaus bin Hamdi beserta
penasihat Kompeni Siswa Bomba Bantuan,
Kapt. (K) Siti Zarikh Sofiah binti Abu Bakar (KEST)

                 Perjumpaan ini diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Kompeni Siswa Bomba Bantuan, KM Ainnur Haziqah binti Mohd Rapi.Beliau menerangkan kepada para pelajar tentang aktiviti kompeni yang akan diadakan pada semester ini dan membentangkan carta organisasi Kompeni Siswa Bomba Bantuan yang lama dan yang baru.

Ucapan oleh Ketua Kompeni Siswa Bomba Bantuan,
KM Ainnur Haziqah binti Mohd Rapi.
                  Selepas itu,majlis menjemput Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria,KK Firdaus Bin Hamdi,untuk memberikan sepatah dua kata.Beliau membentangkan carta organisasi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria yang baru dan menceritakan tentang kejayaan komander Johor dalam pelbagai pertandingan yang disertai untuk memberi semangat pada para pelajar korkurikulum untuk menyertai Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria.

Ucapan oleh wakil TOP10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria ,
KK Firdaus Bin Hamdi
                    Majlis diserikan lagi dengan ucapan dari Kapt. (K) Siti Zarikh Sofiah binti Abu Bakar (KEST),selaku penasihat Kompeni Siswa Bomba Bantuan.Beliau mengucapkan tahniah pada Kompeni Siswa Bomba Bantuan kerana telah melibatkan diri secara aktif dalam acara PERKAD yang diadakan pada semester ini.Beliau berharap agar para pelajar melibatkan diri dalam setiap aktiviti kompeni yang dianjurkan oleh barisan Komander Siswa Bomba Bantuan.
Ucapan dari Kapt. (K) Siti Zarikh Sofiah binti Abu Bakar (KEST),
selaku penasihat Kompeni Siswa Bomba Bantuan.

                 Sebelum majlis melabuhkan tirainya,para tetamu dan pelajar kokurikulum disajikan dengan tayangan multimedia dan nyanyian lagu Darah Satria serta lagu UiTM Dihatiku.Selepas tamat tayangan,para tetamu berpindah majlis untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.

Antara para tetamu yang hadir.
             Majlis mengucapkan ribuan terima kasih pada para jemputan yang sudi hadir pada malam tersebut dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Diharapkan agar para pelajar kokurikulum dapat mengenali barisan komander dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti kompeni yang akan dianjurkan pada semester ini serta dapat menaikkan nama baik kompeni.

Gambar kenang-kenangan Kompeni Siswa Bomba Bantuan.

No comments:

Post a Comment