MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, October 17, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA SESI SEPTEMBER 2017- JANUARI 2018.


Pada 8 Oktober 2017 telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan bagi Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sesi September 2017- Januari 2018 di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 8.30 malam.

Pada Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan kali ini, majlis telah dikelolakan oleh KRK Nurul Nadiah binti.Mansor sebagai pengerusi majlis.Majlis  pada kali ini telah dihadiri oleh para pelajar kor semestar 1, semestar 2 serta semestar 3 Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta para tetamu VIP. Bagi menambah keberkatan majlis tersebut, saudara Muhammad Umar Siddiq bin Zainal Abidin telah mengetuai bacaan doa bersama alunan asmaul husna dan doa rabitah.




Bacaan doa oleh saudara Muhammad Umar Siddiq bin Zainal Abidin.


Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia iaitu KM Mohamad Kairol bin Ali Sapar. Beliau telah melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sesi September 2017- Januari 2018.




 Ucapan daripada Ketua Kompeni APM iaitu KM Mohamad Kairol bin Ali Sapar.


Selepas ucapan Ketua Kompeni,majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada wakil TOP 10 iaitu KMdy Nur Shamira Shamin binti Kamaruddin selaku Adjutan 2 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bagi sesi September 2017- Januari 2018. Beliau telah memperkenalkan carta barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria sesi September 2017- Januari 2018.



 Ucapan wakil TOP 10 iaitu KMdy Nur Shamira Shamin bt Kamaruddin.


Majlis kemudian diteruskan lagi dengan ucapan daripada penyelaras Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia iaitu Lt. Muhizan bin Miskam (KEST).



                              Ucapan penyelaras Kompeni APM iaitu Lt. Muhizan bin Miskam (KEST).


Seterusnya, majlis menjemput penasihat Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang baru iaitu Mejar (K) Norfariza binti Mohd Ali (KEST). Beliau telah mengucapkan tahniah atas kejayaan Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dalam Perkad Merdeka 2017 yang telah berlangsung pada bulan lepas.




 Ucapan penasihat Kompeni APM iaitu Mejar (K) Norfariza binti Mohd Ali (KEST).


Akhir sekali majlis melabuhkan tirainya dengan tayangan multimedia dan nyanyian lagu Darah Satria serta UiTM Di Hatiku. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan semua pihak yang telah berusaha dalam mengadakan majlis.




 Gambar bersama tetamu VIP Kompeni APM.


No comments:

Post a Comment