MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, October 07, 2017

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KOMANDER KESATRIA BATALION VI UITM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT SESI SEPTEMBER 2017 - JANUARI 2018

Pada Isnin yang lepas bersamaan dengan 25 September 2017 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat sesi September 2017 - Januari 2018. Pada mesyuarat kali ini, KRK Muhammad Nur Asyraf bin Ujud dan KRK Nur Batrisyia binti Zanundin sebagai pengacara majlis.


Pengacara majlis dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat sesi September 2017 - Januari 2018


Majlis ini dimulakan dengan nyanyian tiga lagu wajib. Seterusnya bacaan doa diketuai oleh KRM Sayful Amiran bin Suhaini. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan KK Firdaus bin Hamdi untuk memperkenalkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria sesi September 2017 - Januari 2018 yang baru. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan pegawai kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat iaitu Lt. Kolonel Ujud bin Pabil (KEST). 


Ucapan pegawai kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, Lt. Kolonel Ujud bin Pabil (KEST)


Majlis diteruskan lagi dengan pemakaian pangkat bagi 6 orang Majlis Tertinggi :
1. KM Nur Syafinaz binti Mohd Fazil
2. KM Siti Hawa binti Muhammad Hatta @ Taufik
3. KM Nurul Hazlinda binti Roslee
4. KM Fatin Nabilah binti Mohamad Syafiq Suresh
5. KM Sofea Maisara binti Rizalluddin.
6. KM Azilah binti Abu Bakar
7. KM Siti Rofizah binti Abu Kasim



Pemakaian pangkat bagi 6 orang Majlis Tertinggi


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah daripada pegawai kokurikulum kepada wakil komander yang telah mengambil bahagian dalam setiap acara dalam pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) yang telah diadakan pada Mei lepas. UiTM Cawangan Johor telah mendapat Johan bagi acara EOQ dan Jalan Lasak, naib johan dalam acara Tempur Tanpa Senjata (TTS), tempat ketujuh bagi acara Survival Skill dan memenangi Johan Keseluruhan dengan memperoleh sebanyak 85 mata.


Penyampaian hadiah kepada wakil komander yang telah mengambil bahagian dalam setiap acara dalam pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC)



Majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia. Selesai tanyangan multimedia, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku.

No comments:

Post a Comment