MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, October 16, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI CHARLIE KESATRIA NEGARA SESI SEPTEMBER 2017 - JANUARI 2018

Pada 3 Oktober 2017 iaitu bersamaan hari Selasa, Kompeni Charlie telah mengadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Charlie Kesatria Negara sesi September 2017 - Januari 2018 bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK 1).

Pada perjumpaan semester ini, saudari KRK Nur Farezah binti Sahruddin telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada Lt. Kol (K) Syazali Effendi bin A.Wahab (KEST) selaku Ketua Pegawai Kehormat, Penyelaras Kompeni Charlie, Mejar (K) Ahmad Kamalrulzaman bin Othman (KEST), KM Nurul Asmawani binti Karim, selaku Ketua Kompeni Charlie, KMdy Siti Nur Syahirah binti Mohd Azman, selaku wakil Top10, barisan Jurulatih Kompeni Charlie, Wakil Top10, Majlis Tertinggi Komander Kesatria, Mantan-Mantan Komander, barisan Komander Kompeni Charlie, dan pelajar kokurikulum semester 1 kerana sudi menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Charlie sesi September 2017 - Januari 2018.


Bacaan doa oleh wakil pelajar kokurikulum.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Fadhli bin Abdullah iaitu wakil daripada pelajar kokurikulum Kompeni Charlie.


Ucapan daripada Ketua Kompeni Charlie.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Ketua Kompeni Charlie iaitu KM Nurul Asmawani binti Karim untuk membubarkan ahli jawatankuasa yang lama sesi Disember 2016 - April 2017 seterusnya membuat perlantikan ahli jawatankuasa yang baru bagi Kompeni Charlie sesi September 2017-Januari 2018. Selain itu, beliau juga menceritakan tentang aktiviti yang diadakan pada semester lepas dan semester ini iaitu ikhtiar hidup, dan makan malam Kompeni Charlie yang akan disertai oleh para pelajar semester 1. Akhir sekali, beliau mengakhiri ucapannya dengan berkata "semoga Kompeni Charlie akan terus berkembang maju dari semasa ke semasa."


Ucapan daripada Wakil Top10.

Seterusnya, ucapan daripada KMdy Siti Nur Syahirah binti Mohd Azman selaku Timbalan Pegawai Memerintah (TPM) pada semester ini. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa Kompeni Charlie sesi September 2017-Januari 2018. Beliau juga memberi nasihat kepada pelajar kokurikulum agar mengambil peluang untuk menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, beliau mengambil kesempatan ini untuk menceritakan tentang kejayaan yang dirangkul oleh pasukan komander kesatria dalam aktiviti Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) pada bulan Mei yang lepas yang berlangsung di UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin. Akhir sekali, beliau berkongsi satu kata motivasi iaitu "Don't ever give up on your dream. Go on and fight till the end what you have started."


Ucapan daripada Penasihat Kompeni Charlie.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada Penasihat Kompeni Charlie iaitu Mejar (K) Ahmad Kamalrulzaman bin Othman (KEST) . Beliau mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Charlie bagi sesi September 2017- Januari 2018. Beliau juga menyampaikan sedikit ucapan agar pelajar kokurikulum dapat memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih dan komander bertugas. Selain itu, beliau memberikan nasihat kepada semua agar sentiasa berbuat baik dan sentiasa mengingati ibu bapa. Akhir sekali, beliau menyeru agar semua pelajar kokurikulum serta para komander dapat menjaga nama baik Kompeni Charlie. 


Akhir sekali, pengerusi majlis iaitu KRK Nur Farezah binti Sahruddin mengharapkan kerjasama daripada setiap ahli Kompeni Charlie supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Gambar bersama para tetamu yang hadir dan pelajar kokurikulum. 

No comments:

Post a Comment