MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, October 07, 2017

PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH SEGAMAT

Pada 31 ogos yang lalu Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor Kampus Segamat telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan pembawa bendera jalur gemilang dan pasukan pertandingan perarakan.

Pada perarakan tersebut hampir seluruh Komander Kesatria UiTM Johor menyertai perarakan tersebut serta bakal-bakal komander untuk siri 32 menyertai perarakan pasukan pembawa jalur gemilang dan bendera Johor.



Nyata pasukan pertandingan perarakan UiTM Johor tidak mengecewakan apabila mendapat johan dalam acara tersebut. Pasukan pembawa jalur gemilang dan bendera Johor telah diketuai oleh, Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI iaitu  KK Firdaus bin Hamdi. Manakala pasukan pertandingan perarakan telah diketuai oleh Pegawai Latih I iaitu KMdy Mohamad Farouqi Izzad bin Abd. Rahman.



Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI.

No comments:

Post a Comment