MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, October 30, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI BRAVO KESATRIA NEGARA SESI SEPTEMBER 2017 - JANUARI 2018


Pada 11 Oktober 2017 bersamaan dengan hari rabu yang lepas telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kesatria Negara Kompeni Bravo yang bertempat di Lecture Theatre (LT2)  pada jam 8 malam.
Pendaftaran bagi pelajar semester 1
                       Pada perjumpaan kali ini, KRK Nur Syazana Binti Mohd Razif  telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan telah diberikan kepada Penasihat Kompeni Bravo, wakil Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI, Ketua Kompeni Bravo, Komander-komander Kompeni Bravo, Mantan-mantan Kompeni Bravo serta para pelajar semester 1 Kompeni Bravo.

                 Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Muhammad Arif Aiman Bin Akmaluddin bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini.

                  Seterusnya, majlis telah menjemput Ketua Kompeni Bravo iaitu KM Badrulsyah Firdaus Bin Muhammad Johar untuk memberikan ucapan serta memperkenalkan ahli jawatankuasa Kompeni Bravo yang baru dan membubarkan ahli jawatankuasa yang lama.  Beliau turut memperkenalkan ahli Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI dan menerangkan aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung pada semester ini.
Ucapan daripada Ketua Kompeni Bravo iaitu
KM Badrulsyah Firdaus Bin Muhammad Johar

                       Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Penasihat Kompeni Bravo iaitu Mejar (K) Nor Ezan Bin Omar (KEST). Beliau mengucapkan tahniah kepada Kompeni Bravo kerana berjaya menjadi naib johan pada Karnival Perkad Merdeka 2017  yang telah diadakan pada awal semester ini.
Ucapan daripada Penasihat Kompeni Bravo iaitu
Mejar (K) Nor Ezan Bin Omar (KEST)
                     Selesai sahaja ucapan daripada Penasihat Kompeni Bravo, majlis menjemput wakil Pegawai kehormat iaitu Left. Kol (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST). Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kompeni Bravo atas kelancaran perjumpaan ini. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan Kompeni Bravo dalam acara Perkad Merdeka 2017 yang telah diadakan pada awal semester ini.
Ucapan daripada Wakil Pegawai Kehormat iaitu
Left. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST)
                Selepas itu, para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan tayangan multimedia yang disediakan. Seterusnnya, para tetamu berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang telah disediakan.
                 Pengerusi majlis iaitu KRK Nur Syazana Binti Mohd Razif mengharapkan setiap ahli Kompeni Bravo supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri perjumpaan pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment