MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, October 27, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI ALPHA KESATRIA NEGARA SESI SEPTEMBER 2017 - JANUARI 2018

Pada 10 Oktober 2017 bersamaan dengan hari Selasa yang lepas, Kesatria Negara Alpha telah mengadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Alpha Kesatria Negara Sesi September 2017 - Januari 2018 di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 8:45 malam. Perjumpaan ini dijalankan bagi mengenalkan barisan ahli jawatankuasa Kompeni Alpha Kesatria Negara sesi September 2017 - Januari 2018 serta membubarkan ahli jawatankuasa Kompeni Alpha Kesatria Negara sesi Disember 2016 - April 2017 dan melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi September 2017 - Januari 2018.

Sesi pendaftaran bagi pelajar kor part 1.
               Pada Perjumpaan Dwi-Tahunan kali ini, saudari KRK Nurrul Shakira Azirah binti Yusri telah diamanahkan sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada Ketua Pegawai Kehormat (KEST), Penasihat Kompeni Alpha sesi September 2017 - Januari 2018, Komander Kehormat Kompeni Alpha, Penyelaras Kesatria Negara, Ketua Kompeni Alpha sesi September 2017 - Januari 2018,  wakil TOP 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi September 2017 - Januari 2018, wakil barisan majlis tertinggi JPKK, barisan jurulatih, barisan komander Kompeni Alpha dan pelajar semester satu Kompeni Alpha sesi September 2017 - Januari 2018.

                 Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Muhammad Helmi bin Osman iaitu wakil pelajar kokurikulum semester satu dari Kompeni Alpha bagi memberkati majlis ini.
Bacaan doa oleh Saudara Muhammad Helmi bin Osman.
Ketua Kompeni Alpha, KM Nur Syafinaz binti Mohd Fazil bersama
Penasihat Kompeni Alpha, Kapten (K) Wan Muhd Faez bin Wan Ibrahim,
Ketua Pegawai Kehormat, Lt. Kol (K) Syazali Effendi bin A. Wahab (KEST),
Penyelaras Kesatria Negara, Lt. Muhammad Fairus bin Abd Shukor (KEST)
beserta Wakil TOP10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria,
KMdy Nurfarisha Syamin binti Roslan
                   Seterusnya majlis menjemput ketua kompeni Alpha iaitu KM Nur Syafinaz binti Mohd Fazil untuk memberikan ucapan serta membubarkan ahli jawatankuasa Kompeni Alpha pada semester lepas dan membuat perlantikan ahli jawatankuasa yang baru bagi Kompeni sesi September 2017 - Januari 2018.

Ucapan daripada ketua Kompeni Alpha iaitu
 KM Nur Syafinaz binti Mohd Fazil
                  Selesai sahaja ucapan dari Ketua Kompeni, KMdy Nurfarisha Syamin binti Roslan selaku wakil TOP 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI iaitu Pegawai Operasi Kompeni (POK) sesi September 2017 - Januari 2018 memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bagi sesi September 2017 - Januari 2018, seterusnya mengucapkan selamat datang bagi pelajar semester satu ke Kompeni Alpha.

Ucapan daripada wakil TOP10 iaitu
KMdy Nurfarisha Syamin binti Roslan
selaku Pegawai Operasi Kompeni (POK)
              Majlis seterusnya menjemput Penasihat Kompeni Alpha iaitu Kapten (K) Wan Muhd Faez bin Wan Ibrahim (KEST) untuk menyampaikan sedikit ucapan dan menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti yang akan dianjurkan pada semester ini.

Ucapan daripada Penasihat Kompeni Alpha iaitu 
Kapten (K) Wan Muhd Faez bin Wan Ibrahim (KEST)

                       Majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia yang mendedahkan aktiviti-aktiviti semester lepas kepada para tetamu. Seterusnya, para tetamu dipersilakan untuk menjamu selera setelah berakhirnya tayangan multimedia.

Antara para tetamu yang menghadiri perjumpaan kali ini.

Antara para pelajar kokurikulum semester 1 Kesatria Negara Alpha.
Pendaftaran bagi para pelajar kokurikulum semester 1 Kesatria Negara Alpha.
                  Pengerusi majlis iaitu saudari KRK Nurrul Shakira Azirah binti Yusri mengharapkan kerjasama dari setiap ahli Kompeni Alpha supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment