MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, October 17, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI DELTA KESATRIA NEGARA SESI SEPTEMBER 2017 - JANUARI 2018

Pada 4 Oktober 2017, bertempat di Dewan Kuliah 2 (DK2), telah berlangsungnya Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Delta Kesatria Negara  sesi September 2017 - Januari 2018 pada jam 8.45 malam. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh para tetamu VIP iaitu Lt. Kol (K) Syazali Effendi bin A. Wahab (KEST), Kapt. (K) Rosnani binti Mohd Salleh (KEST) selaku  Pegawai Kehormat, KK Firdaus bin Hamdi selaku Wakil Top10, KM Nurul Hazlinda binti Roslee selaku Ketua Kompeni Delta, barisan jurulatih, Komander Kehormat, Wakil Top, Majlis Tertinggi Komander Kesatria, Komander Kompeni Delta, dan pelajar kokurikulum semester 1 Kompeni Delta. 


Antara barisan tetamu yang hadir.

Bacaan doa yang diketui oleh KRK Mohd Faizin bin Roslan.



Perjumpaan kali ini, KRK Nur Amirah Asyiqin binti Kamaludin telah bertugas sebagai pengacara majlis. Perjumpaan dimulakan dengan nyanyian 3 lagu wajib serta bacaan doa yang diketuai oleh KRK Mohd Faizin bin Roslan disertakan dengan Asma Ul-Husna dan Doa Rabitah.


Ucapan daripada Ketua Kompeni Delta.



Perjumpaan ini diteruskan dengan ucapan Ketua Kompeni Delta iaitu KM Nurul Hazlinda binti Roslee. Beliau telah menerangkan tentang penubuhan Kompeni Delta dan beliau telah memperkenalkan ahli jawatankuasa dalam Kompeni Delta.


Ucapan daripada Wakil Top10.



Seterusnya, ucapan daripada Wakil Top10 iaitu KK Firdaus bin Hamdi. Beliau menerangkan kebaikan melibatkan diri dalam kokurikulum serta memperkenalkan carta organisasi komander ijazah sarjana muda. 


Ucapan daripada Penasihat Kompeni Delta.



Setelah itu, diteruskan dengan ucapan Lt. Kol (K) Syazali Effendi bin A. Wahab (KEST) selaku Penasihat Kompeni Delta. Beliau telah menceritakan tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung pada semester lepas dan aktiviti yang akan berlangsung pada semester ini, dan menarik minat pelajar kokurikulum untuk menyertai komander kesatria. 

Sebelum perjumpaan berakhir, para tetamu VIP dan pelajar kokurikulum telah disajikan dengan tayangan multimedia.

Gambar kenang-kenangan bersama para tetamu yang hadir serta pelajar kokurikulum. 

No comments:

Post a Comment