MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, October 12, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SESI SEPTEMBER 2017-JANUARI 2018

Pada tanggal 2 Januari 2017, telah berlansungnya Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia yang bertempat di Lecture Theater 2 (LT 2) pada pukul 8:00 malam. Majlis pada kali ini telah dihadiri oleh para pelajar kor semester 1, semester 2 dan semester 3 Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia serta para tetamu VIP. Majlis pada kali ini telah dikelolakan oleh Komander Rendah Kanan Nurul Aina Syaheera Bt Dzulnain sebagai pengerusi majlis. Bagi menambah keberkatan majlis pada perjumpaan kali ini saudara Adzrif Bin sidek telah ditugaskan untuk membaca doa diiringi dengan alunan asmaul husna dan doa rabitah.


Bacaan doa daripada saudara Adzrif Bin sidek


Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh ketua Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) iaitu Komander Muda Nur Nadia Bt Rosli. Dalam ucapannya, Komander Muda Nur Nadia telah membubarkan Ahli Jawatankuasa Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi sesi Disember 2016-April 2017 serta melantik Ahli Jwatankuasa yang baru bagi sesi September 2017-Januari 2018. Diharapkan barisan kepimpinan yang baru dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Ucapan daripada Ketua Kompeni BSMM iaitu Komander Muda Nur Nadia Bt Rosli 


Selepas ucapan daripada Ketua Kompeni, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil Top 10 Jawatankuasa Komander Kesatria Perwakilan (JPKK) UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat iaitu Komander Kanan Firdaus Bin Hamdi selaku pegawai memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) Batalion IV bagi sesi September 2017-Januari 2018. Beliau telah memperkenalkan carta barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Komander Kesatria yang baru serta membubarrkan Ahli jawatankuasa yang lama iaitu bagi sesi Disember 2016-April 2017.


Wakil Top 10, Komander Kanan Firdaus Bin Hamdi sedang memberi ucapan


Majlis tidak ketinggalan juga dengan ucapan daripada penyelaras Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) iaitu Leftenan Muhizan Bin Miskam (KEST).

Ucapan daripada Leftenan Muhizan Bin Miskam (KEST) selaku penyelaras BSMM


Seterusnya, majlis dengan penuh rasa sukacita telah menjemput penasihat Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia yang baru iaitu Mejar (K) Rosnani Bt Mohd Salleh (KEST). Beliau mengalu-alukan kedatangan para pelajar semester satu yang baru setelah tujuh minggu menjalani sesi interim.


Ucapan daripada penasihat BSMM yang baru iaitu
 Mejar (K) Rosnani Bt Mohd Salleh (KEST)


Akhir sekali, majlis melabuhkan tirainya dengan tayangan multimedia daripada biro multimedia dan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Sentiasa Di Hatiku. Majlis Mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan ribuan terima kasih juga kepada semua pihak yang telah berusaha dalam mangadakan majlis. Diharapkan agar semester ini menjadi yang terbaik buat seluruh ahli Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).


Para pelajar kor BSMM bersama barisan kepimpinan, penasihat, penyelaras dan jurulatih


Sekian,terima kasih.


No comments:

Post a Comment