MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 08, 2015

Majlis Berbuka Puasa Setulus Kasih Seindah Ramadhan bersama Rektor UiTM Cawangan Johor

Majlis ini telah diadakan di NR Café, UiTM Johor pada 7 Julai 2015 bersamaan pada hari Selasa. Majlis berbuka puasa tahunan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara Pegawai Kokurikulum, Kakitangan Unit Kokorikulum dengan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor. Selain itu, meningkatkan penghayatan Ramadhan dalam kalangan Pegawai dan Kakitangan Kokurikulum serta Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria. Majlis ini juga menjadikan sambutan berbuka puasa sebagai wahana untuk mengisi aktiviti kerohanian sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Para VIP menunggu ketibaan Rektor UiTM Cawangan Johor

Para pegawai kehormat yang sudi hadir

Para komander berpakaian baju melayu bagi siswa dan baju kurung bagi siswi. Majlis berbuka puasa ini disertai jemputan seramai 210 orang. 170 orang para komander dan 40 orang para Pegawai dan Kakitangan Unit Kokurikulum. Selain itu, matlamat program berbuka puasa ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara Pegawai dan Kakitangan Kokurikulm bersama barisan tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor bersama Rektor UiTM Johor yang baru iaitu Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Azizan Bin Abdullah. 

Para komander menunggu VIP untuk masuk ke dewan makan

Barisan Top 10 sedang menjamu selera

Sedikit tazkirah daripada Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin A. Wahab

Rektor UiTM Cawangan Johor bersama para VIP yang lain sedang menikmati juadah

Kami semua berkumpul di NR Café pada jam 5:30 petang. Ketibaan para komander pada jam 6:00 petang. Pada jam 6:30 petang perarakan masuk para Pegawai dan Kakitangan Unit Kokurikulum. Pada jam 6:45 petang pegawai kehormat memberikan ucapan beliau. Pada jam 7:00 petang ucapan Pegawai Pemerintah. Pada sebelah malamnya, jam 7:20 malam, kami telah berbuka puasa dengan jamuan yang telah disediakan. Para hadirin menikmati juadah dengan tenang. Pada jam 8:00 malam sumbangan dari JPKK dan penyerahan cenderahati dan kami bersurai selepasnya.

Akhir sekali dapat dirumuskan bahawa Majlis Berbuka Puasa Setulus Ikhlas Seindah Ramadhan dapat memberikan pelbagai kelebihan kepada semua pihak. Kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Hubungan antara komander, staf-staf unit kokurikulum dan Rektor UiTM Cawangan Johor yang baru juga dapat dieratkan.

No comments:

Post a Comment