MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, July 05, 2015

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah sesi Jun - Oktober 2015

Pada Perjumpaan Dwi Tahunan kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah kali ini, KRM Nur Faizatul Syazwani binti Sulaiman bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada Mejar (K) Nor Ezan bin Omar, Left. (K.) Mohd Juakhir Bin Hassan, barisan Top 10,  KM Nur Nisa Afrina binti Ujang selaku Ketua Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah, Majlis Tertinggi Komander Kesatria Batalion ke VI UiTM Johor, Barisan jurulatih,  Mantan-mantan komander serta komander-komander kesatria UiTM Johor diatas kesudian menghadiri Perjumpaan Dwi Tahunan kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah sesi Jun- Oktober 2015. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Muhammad Shafiq bin Shahrani bagi memberkati lagi majlis Perjumpaan Dwi Tahunan kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah ini.

Ketua Kompeni PBSM memberikan ucapan

UCAPAN KETUA KOMPENI PBSM

KM  Nur Nisa Afrina binti Ujang selaku Ketua Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah memberi ucapan alu-aluan kepada para hadirin yang hadir. Beliau memberi penerangan serba sedikit tentang kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah sebagai pengetahuan kepada para pelajar kokurikulum. Beliau menerangkan tentang kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan salah satu kompeni yang bergerak seiring dengan kompeni-kompeni lain di UiTM Johor. Beliau menjelaskan lebih lanjut mengenai sejarah kompeni ini dimana  sebelum ini kompeni ini dikenali sebagai kompeni Badan Pertolongan Cemas dan kini diubah kepada kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah bagi mengiktiraf kompeni ini sebagai sebahagian organisasi di dalam Malaysia. Beliau juga menjelaskan bahawa para pelajar kokurikulum dapat mempelajari dua ilmu dalam satu masa iaitu ilmu perubatan dan juga ilmu asas kawad kaki.Beliau juga membentangkan aktiviti aktiviti pada semester ini untuk pelajar-pelajar kor iaitu Induksi,PERKAD dan Majlis Makan Malam. Seterusnya beliau membubarkan ahli Jawatankuasa Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah sesi Disember 2014-April 2015 dan melantik ahli Jawatankuasa Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah sesi Jun-Oktober 2015.

Pegawai Memerintah memperkenalkan ahli jawatankuasa JPKK yang baru

UCAPAN WAKIL TOP 10

KK Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil  mengucapkan alhamdulillah kehadrat illahi kerana para pelajar kokurikulum dan para komander dapat berkumpul dalam satu majlis yang sama. Beliau menharapkan dengan kedatangan ahli baru iaitu para pelajar semester 1 serta kehadiran pelajar semester 2 dan 3 dapat bergiat aktif pada semester ini. Beliau juga mengucapkan sekalung tahniah kepada kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah kerana telah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan cemerlang. Selain itu, beliau mengharapkan kerjasama dari semua pihak, para pelajar terutamanya, diperlukan agar dapat membantu komander menguruskan aktiviti dengan lebih mudah. Seterusnya beliau memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion Ke Vi Sesi Jun-Oktober 2015.

Ucapan daripada penyelaras kokurikulum 


UCAPAN PENYELARAS KOKURIKULUM

Left. (K.) Mohd Juakhir Bin Hassan memberikan sedikit ucapan terima kasih dimana dalam ucapan tersebut beliau mengucapkan tahniah diatas komitmen yang diberikan oleh para pelajar kokurikulum untuk menghadiri majlis Perjumpaan Dwi Tahunan ini. Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada para pelajar Semester 1 yang baru sahaja mendaftar dalam kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Selain itu, beliau menjelaskan lebih lanjut tentang sejarah kompeni ini dan kelebihan melibatkan diri dalam kokurikulum kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Beliau mengatakan bahawa kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah pada mulanya dikenali sebagai kompeni Badan Pertolongan Cemas, ditubuhkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar kokurikulum mengenai ilmu perubatan dan meningkatkan lagi kesedaran di kalangan pelajar mengenai bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Malah kompeni ini ditubuhkan untuk melahirkan para pelajar kokurikulum sebagai sebahagian anggota masyarakat yang berguna serta mahir dalam memberi bantuan kecemasan kepada masyarakat lain sama ada dalam situasi kecemasan yang sebenar mahupun bukan.Beliau juga memberi penekanan terhadap kehadiran dan keaktifan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah ini.Seterusnya,beliau menyatakan ucapan tahniah di atas perlantikan Ahli Jawatankuasa Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah yang baru dan mengharapkan komitmen yang terbaik untuk kompeni ini.

Penasihat memberikan ucapan dan kata-kata aluan


UCAPAN PENASIHAT

Mejar (K.) Nor Ezan Bin Omar memperkenalkan diri beliau sebagai Penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar kokurikulum kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam semua acara PERKAD yang telah dilaksanakan pada dua semester yang lepas sehingga berjaya menaikkan kedudukan kompeni dengan merangkul sebagai pemenang keseluruhan PERKAD Uitm Johor. Beliau memberi nasihat kepada para pelajar untuk tidak memperlekehkan pelajaran pertolongan cemas. Hal ini kerana pelajaran ini merupakan antara pelajaran utama yang telah termaktub dalam perancangan pembelajaran kokurikulum ahli Persatuan Bulan Sabit Merah semester 1, 2 dan 3. Apabila pelajar berada di semester 3 , pelajar akan menjalani ujian praktikal yang bertujuan untuk menguji segala pelajaran yang telah pelajar  kokurikulum pelajari sepanjang semester 1,2 dan 3. Belian juga menyatakan harapan yang amat tinggi terhadap Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah untuk melakukan yang terbaik bagi aktivit PERKAD pada semester ini.



KM Nur Nisa Afrina binti Ujang menyampaikan sedikit cenderahati kepada Penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah, Mejar (K) Nor Ezan bin Omar , Left. (K.) Mohd Juakhir Bin Hassan selaku penyelaras kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Perjumpaan berakhir setelah tamat persembahan multimedia. Para tetamu jemputan diiring keluar.

Pelajar kor PBSM

Sesi bergambar bersama para pegawai kehormat dan semua tetamu yang sudi hadir

No comments:

Post a Comment