MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, July 04, 2015

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kesatria Negara 1 Kompeni Alpha sesi Jun - Oktober 2015

Kehadiran para pelajar kor Kompeni Alpha


Pada 3 Julai 2015 yang lalu, KRM Farah Wahida binti Rosdi dan KRM Muhamad Atif bin Azizi telah bertindak sebagai pengerusi majlis bagi Perjumpaan Dwi-Tahunan Kesatria Negara 1 Kompeni Alpha sesi Jun - Oktober 2015. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kesatria UiTM Johor, staf-staf unit kokurikulum, barisan Top 10, barisan Majlis Tertinggi dan para pelajar kokurikulum kesatria Negara 1 di atas kesudian menghadiri perjumpaan tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Syafiq Aiman bin Sabarudin bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini.

Ketua Kompeni Alpha memberi ucapan


UCAPAN DARIPADA KETUA KOMPENI

KM Sharifah Anisah Binti Syed Harun memberikan ucapan pembubaran Ahli Jawatankuasan Kompeni Alpha yang lama iaitu sesi Dis 2014 - April 2015 dan sekaligus melantik ahli jawatankuasa Kompeni Alpha bagi sesi Jun - Oktober 2015. Selain itu, beliau juga ada menyatakan aktiviti-aktiviti Kompeni Alpha sepanjang semester ini. Seterusnya, beliau menyatakan kemenangan bagi Kompeni Alpha bagi aktiviti PERKAD pada semester yang lalu.

Wakil Top 10 memperkenalkan JPKK sesi 


 UCAPAN DARIPADA WAKIL TOP 10

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Wakil Top 10 KMdy Muhammad Irfan bin Amir untuk memberikan ucapan beliau sekaligus memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor bagi sesi Jun - Oktober 2015. Beliau juga ada menjemput mahasiswa untuk menyertai komander kesatria supaya mereka tahu cara untuk mendisiplinkan diri dari pelbagai aspek seperti pengurusan diri dan sekeliling, komitmen dalam melakukan tugas yang diberi .


UCAPAN DARIPADA PEGAWAI KEHORMAT

Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Alpha bagi sesi Jun - Oktober 2015. Beliau berharap dengan adanya pelantikan jawatankuasa yang baru, Kompeni Alpha dapat membawa ke arah perubahan yang lebih baik berbanding semester lepas. Setiap perkara yang baru dipelajari haruslah menganggap ia sebagai sesuatu yang positif. Sama-samalah perbaiki diri masing-masing dengan saling ingat-mengingati tanggungjawab yang kita ada.

PERANCANGAN AKTIVITI SEMESTER INI

-Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Alpha
-Induksi Kompeni Alpha
-Dinner Kompeni Alpha
-Minggu Kokurikulum (PERKAD).

Barisan tetamu jemputan VIP

Sesi bergambar bersama para pegawai kehormat dan komander-komander kompeni Alpha


Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas dengan persembahan multimedia yang disediakan. Pengerusi majlis iaitu KRM Farah Wahida binti Rosdi dan KRM Muhamad Atif bin Azizi mengakhiri perjumpaan tersebut dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu yang sudi hadir pada petang itu dan memohon maaf jika tersalah tutur bicara, tercacat cela mana yang ada.

No comments:

Post a Comment