MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, July 04, 2015

Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band sesi Jun - Oktober 2015


Pengerusi majlis bagi Mesyuarat Agong pada kali ini ialah Nor Zubaidah Binti Nor Albashri . Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kehormat, wakil Top 10,  Ketua Kompeni Brass Band, majlis tertinggi Komander Kesatria, komander-komander Brass Band, jurulatih- jurulatih Kompeni Brass Band, mantan- mantan Kompeni Brass Band serta para pelajar kokurikulum Kompeni Brass Band kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band Sesi Jun -Oktober 2015. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Shakirulabid Bin Isa bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini.

UCAPAN PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN OLEH KETUA KOMPENI

KM Norsyafiqah Binti Buhari memberikan ucapan pembubaran Ahli Jawatankuasa Kompeni Brass Band yang lama. Beliau berharap para pelajar korikulum dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada para Komander Brass Band. Seterusnya, beliau membuat pelantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Brass Band sesi Jun - Oktober 2015.


Wakil Top 10 memberikan ucapan

 UCAPAN DARIPADA WAKIL JPKK

KMdy Baharun Bin Abu Samah pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Brass Band kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menghadiri mesyuarat agong kali ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung baru-baru ini. Beliau juga menyeru kepada pelajar semester 1 untuk mencabar diri mereka memasuki unit beruniform Komander Kesatria.

Penasihat kompeni Brass Band memberikan sepatah dua kata


UCAPAN DARIPADA PENYELARAS

Kapt. (K)  Farizah Binti Mamat @ Mohd Nor mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Brass Band bagi sesi Jun - Oktober 2015. Diharapkan para pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak. Beliau juga berharap agar para pelajar korikulum dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh Kompeni Brass Band

Barisan tetamu jemputan VIP
Barisan majlis tertinggi JPKK
Para pelajar kor kompeni Brass Band



Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Pengerusi majlis iaitu Nor Zubaidah Binti Nor Albashri  mengharapkan kerjasama daripada setiap ahli Kompeni Brass Band supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment