MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, July 03, 2015

Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sesi Jun - Oktober 2015


Kedatangan para VIP



Pada Mesyuarat Agong kali ini KRM Nor Shafiqah Idayu Binti Abdul Ghafar telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada pegawai kehormat, penyelaras kokurikulum, wakil Top 10, Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Mantan Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), wakil Majlis Tertinggi JPKK, Mantan – mantan Komander Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),  komander-komander Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)  serta pelajar kokurikulum Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM ) semester 1, 2 dan 3 kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sesi Jun 2015 – Oktober 2015. Bagi memberkati  majlis yang mulia ini, Saudara Muhamad Ameer Hakim Bin Md Hamidi telah dilantik sebagai ketua dalam mengetuai bacaan Asmaul Husna dan  bacaan doa.

Mantan Ketua Kompeni JPAM memberi ucapan

 UCAPAN DARIPADA MANTAN KETUA KOMPENI JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)

Mantan Ketua Kompeni JPAM Lt.M (K)  Shafikah Nuriman Binti Md Nazri memberi ucapan alu – aluan kepada hadirin yang telah menghadiri ke AGM JPAM. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kepada pelajar kokurikulum sebagai pengetahuan bagi pelajar yang baru memasukki kompeni JPAM. Beliau juga memberi tahu kepada pelajar kokurikulum tentang ativiti yang telah dijalankan pada sesi Jun 2014 – Oktober 2015. Seterusnya, beliau membuat pembubaran ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni JPAM sesi Disember 2014 –April 2015.

UCAPAN DARIPADA KETUA KOMPENI JPAM

KM Siti Aisyah Binti Mohd Yunus selaku Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia memberi ucapan alu – aluan kepada hadirin yang hadir. Beliau memberi penerangan serba sedikit tentang Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sebagai pengetahuan kepada pelajar kokurikulum yang baru dan yang lama. Beliau mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada pelajar semester 1 yang baru sahaja memasuki Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Beliau juga membentangkan aktiviti – aktiviti pada semester ini kepada pelajar Kor iaitu Induksi, PERKAD dan Majlis Makan Malam Kompeni JPAM. Seterusnya, beliau melantik ahli Jawatankuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sesi Jun 2015 – Oktober 2015

Penasihat Kompeni JPAM memberi sepatah dua kata

UCAPAN DARIPADA PENASIHAT KOMPENI

Mejar (K.) Muhamad Ismail Bin Pahmi selaku penasihat kompeni JPAM berucap kepada pelajar  semester 1, 2 dan 3 agar mereka memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih sepanjang pelajaran berlangsung. Beliau berharap agar semester ini pelajar kokurikulum semester 1, 2 dan 3 dapat memberikan komitmen yang penuh pada aktiviti yang akan diadakan sepanjang semester ini. Beliau juga menerangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar sepanjang semester ini. Antara yang akan diadakan adalah induksi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan majlis makan malam Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Barisan VIP

Para komander dan pelajar kor kompeni JPAM


Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Seterusnya Pengerusi majlis iaitu KRM Nor Shafiqah Idayu Binti Abdul Ghafar berharap agar segala amanat yang disampaikan menjadi motivasi untuk setiap pelajar untuk membuat satu anjakan paradikma yang positif dalam diri masing-masing untuk terus maju kehadapan. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.


No comments:

Post a Comment