MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, July 07, 2015

Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan Kesatria Negara 1 Kompeni Bravo sesi Jun - Oktober

Pengerusi majlis bagi Mesyuarat Agong pada kali ini ialah KRM Anis Suhana binti Hanizam. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kesatria UiTM Johor, barisan jurulatih, barisan Top 10, komander-komander Bravo, mantan- mantan Kompeni Bravo dan para pelajar kokurikulum kesatria Negara 1 di atas kesudian menghadiri Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kompeni Bravo sesi Jun - Oktober 2015. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Muhammad Nur Aziim bin Zulgafli bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini.



Komander yang mengetuai bacaan doa

Ketua Kompeni Bravo melantik dan membubarkan ahli jawatankuasa


UCAPAN DARIPADA KETUA KOMPENI

KM Nur Hidayah binti M Zainin memberikan ucapan pembubaran Ahli Jawatankuasan Kompeni Bravo yang lama. Beliau berharap para pelajar semester 1 dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada para Komander Kesatria sekaligus membuat pelantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Bravo sesi Jun - Oktober 2015.

Pegawai Memerintah JPKK memberikan ucapan


 UCAPAN DARIPADA WAKIL JPKK

KK Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Bravo kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menghadiri mesyuarat agong kali ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung baru-baru ini.


UCAPAN DARIPADA PEGAWAI KEHORMAT

Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Bravo bagi sesi Jun - Oktober 2015. Diharapkan para pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak.


PERANCANGAN AKTIVITI SEMESTER INI

-Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan Kompeni Bravo.
-Induksi Kompeni Bravo.
-Dinner Kompeni Bravo.
-Minggu Kokurikulum (PERKAD).

Para pelajar kor kompeni Bravo

Barisan tetamu VIP yang sudi hadir



Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan. Pengerusi majlis iaitu KRM Anis Suhana binti Hanizam mengharapkan kerjasama daripada setiap ahli Kompeni Bravo supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment