MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, July 03, 2015

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Bomba dan Penyelamat sesi Jun - Oktober 2015


Pada Mesyuarat Agong kali ini KRM Ezzatie Binti Shofi dan KRM Mohammad Amirol Bin Ramli telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kehormat, wakil Top 10, Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat, barisan jurulatih, mantan-mantan komander Kompeni Bomba dan Penyelamat, serta pelajar kokurikulum Kompeni Bomba dan Penyelamat kerana sudi menghadiri program Perjumpaan Dwi-tahunan Kompeni Bomba dan Penyelamat sesi Jun-Oktober 2015. Bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini, saudara KRM Mohd Noriman Bin Mohd Ali telah dilantik sebagai ketua dalam mengetuai pembacaan doa.
Komander yang mengiringi bacaan doa


Penyelaras kokurikulum memberikan sepatah dua kata


UCAPAN DARIPADA PENYELARAS KOKURIKULUM

Left. (K) Mohd Juakhir Bin Hassan berucap kepada pelajar semester 1, 2, dan 3 agar memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih. Beliau juga menerangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar sepanjang sem ini.

Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat memberikan ucapan


UCAPAN PERLANTIKAN KETUA KOMPENI

Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat, iaitu KM Zalila Ezzaty Binti Jaafar telah membuat perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Bomba dan Penyelamat sesi Jun- Oktober 2015.


Wakil JPKK memberikan ucapan 


UCAPAN DARIPADA WAKIL TOP 10

KMdy Siti Dayana Binti Ahmad Thani pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Bomba dan Penyelamat yang hadir kerana  telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada perjumpaan kali ini. Disamping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang  telah berlangsung baru-baru ini.


UCAPAN DARIPADA PEGAWAI KEHORMAT

Mejar (K) Ahmad Kamalrulzaman Bin Othman selaku pegawai kehormat Kompeni Bomba dan Penyelamat mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1, 2, dan 3 ke Kompeni Bomba dan Penyelamat bagi sesi Jun- Oktober 2015. Diharapkan para pelajar Kompeni Bomba dan Penyelamat dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak.

PERANCANGAN AKTIVITI SEMESTER INI

-Perjumpaan Dwi-tahunan Kompeni Bomba dan Penyelamat.
-Induksi Kompeni Bomba dan Penyelamat
-Perkad.

Para tetamu yang sudi hadir


Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan. Pengerusi majlis iaitu KRM Ezzatie Binti Mohd Shofi dan KRM Amirol Bin Ramli mengharapkan kerjasama dari setiap ahli Kompeni Bomba dan penyelamat supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment