MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, July 05, 2015

Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan Kesatria Negara 1 Kompeni Charlie sesi Jun - Oktober 2015

Pada Mesyuarat Agong kali ini saudari KRK Anis Shafiqah binti Rozali dan saudari KRM Nur Balqis binti Samsuri telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kehormat, barisan Top10, majlis tertinggi JPKK, jurulatih, barisan komander kompeni Charlie, barisan mantan dan pelajar semester 1 kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Charlie sesi Jun 2015-Oktober 2105. Bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini, saudara Syabil bin Jaini telah bertindak sebagai ketua dalam pembacaan doa bagi majlis yang berbahagia ini.

Ketua Kompeni Charlie melantik dan membubarkan ahli jawatankuasa


UCAPAN PERLANTIKAN KETUA KOMPENI

Ketua Kompeni Charlie, iaitu KM Nurul Fakhira Binti Juraimi telah membubarkan ahli jawatankuasa yang lama sesi Disember 2014 – April 2015 seterusnya membuat perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Charlie sesi Jun 2015 – Oktober 2015.


UCAPAN DARIPADA WAKIL JPKK

KK Muhammad Ikhmal bin Muhammad Fadzil sebagai pegawai memerintah pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Charlie yang hadir kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada mesyuarat agong kali ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti – aktiviti yang telah berlangsung baru - baru ini.

Penasihat Kompeni Charlie memberikan ucapan


UCAPAN DARIPADA PENASIHAT KOMPENI

Kapt. (K) Siti Zarikh Sofia binti Abu Bakar mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Charlie bagi sesi Jun 2015 – Oktober 2015. Diharapkan para pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak.

Pegawai kehormat memberikan sepatah dua kata


UCAPAN DARIPADA PEGAWAI KEHORMAT

Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab berucap kepada pelajar semester satu agar mereka memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih. Beliau juga menerangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar sepanjang   semester ini.

Barisan tetamu jemputan VIP

Para pelajar kor siswa 

Para pelajar kor siswi


Pengerusi majlis iaitu KRK Anis Shafiqah binti Rozali dan KRM Nur Balqis binti Samsuri mengharapkan kerjasama dari setiap Ahli Kompeni Charlie supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment