MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, January 21, 2017

MAJLIS PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI SISWA BOMBA BANTUAN (ASAS) SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

Pada tanggal 13 Januari 2017, bersamaan hari Jumaat yang lalu, telah berlansungnya Majlis Perjumpaan Dwi - Tahunan Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) bagi sesi Disember 2016 - April 2017, majlis ini telah diadakan di Dewan Kuliah (DK1) , pada pukul 3:00 petang. Pada Mesyuarat Agong kali ini KRK Nurfarahien Binti Sa’id telah bertugas sebagai pengerusi majlis.


Antara pelajar yang hadir ke Majlis Perjumpaan Dwi - Tahunan 
Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) bagi sesi Disember 2016 - April 2017.

Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras Komander Kesatria, Lt.Mohd Juakhir Bin Hassan (KEST), penasihat Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas), Mejar (K) Ahmad Kamarulzaman Bin Othman, wakil TOP 10, KMdy Nur Shamira Shamin Binti Kamaruddin, Ketua Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas), KM Ainnur Haziqah Binti Mohd Rapi, barisan jurulatih Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas), wakil-wakil TOP 10, mantan-mantan komander Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas), serta pelajar kokurikulum Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) kerana sudi menghadiri program Perjumpaan Dwi-tahunan Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) sesi Disember 2016 – April 2017.

Bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini, Saudara Badrul Ismail Bin Mustakim telah dilantik sebagai ketua dalam mengetuai pembacaan doa.

Ketua Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) , iaitu KM Ainnur Haziqah Binti Mohd Rapi telah membuat perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) sesi Disember 2016-April 2017.

Ucapan daripada Ketua Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas)
iaitu KM Ainnur Haziqah Binti Mohd Rapi

KMdy Nur Shamira Shamin Binti Kamaruddin pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) yang hadir kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada perjumpaan kali ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung baru-baru ini antaranya ialah Karnival PERKAD pada semester lepas dan Jambori Komander Kesatria 2016.

Ucapan daripada wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria 
iaitu KMdy Nur Shamira Shamin Binti Kamaruddin


Leftenan Mohd Juakhir Bin Hassan (KEST) berucap kepada pelajar semester 1 agar memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih. Beliau juga menerangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar sepanjang semester ini.



Ucapan daripada Leftenan Juakhir Bin Hassan (KEST).


Mejar (K) Ahmad Kamalrulzaman Bin Othman selaku penasihat Kompeni Siswa Bomba Bantuan(Asas) mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Bomba dan Penyelamat bagi sesi Disember 2016 – April 2017. Diharapkan para pelajar Kompeni Siswa Bomba Bantuan(Asas) dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak.


Ucapan daripada penasihat Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) 
iaitu Mejar (K) Ahmad Kamalrulzaman Bin Othman.

Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan.

Para tetamu jemputan menikmati hidangan yang telah disediakan.

Pengerusi majlis iaitu KRK Nurfarahien Binti Sa’id mengharapkan kerjasama dari setiap ahli Kompeni Siswa Bomba Bantuan(Asas) supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

Gambar kenang - kenangan Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas)

No comments:

Post a Comment