MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, February 14, 2017

MAKAN MALAM REGIMENTAL SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

Malam Regimental merupakan majlis makan malam yang dilakukan ala makan malam tentera pada 30hb Januari 2017.

Majlis Makan Malam Regimental diadakan untuk menghargai jasa para komander yang telah menamatkan pelajaran dan penyampaian anugerah kepada komander terbaik dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Selain itu, majlis ini juga adalah bertujuan untuk merasmikan penutupan Kursus Pengenalan dan Pemantapan Komander Kesatria yang diadakan pada 27-28hb Januari 2017. 

Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam yang memerlukan semua tetamu jemputan dan tetamu yang dirai untuk makan mengikut irama muzik.

    

Gambar-gambar susunan meja

Setelah selesai jamuan makan malam, semua tetamu berpindah majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan alu aluan daripada KK Firdaus Bin Hamdi.


Kemudian, dengan segala hormatnya, ucapan Rektor UiTM Johor bagi merasmikan Makan Malam Regimental .


 Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaia Watikah Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria, penyampaian bintang penghargaan dan penyampaian anugerah. 

Antara anugerah yang telah disampaikan adalah :

 -Anugerah Komander Dekan
                        -Anugerah Komander Terbaik Luar Bidang
                     -Anugerah Komander Terbaik Akademik
                        -Anugerah komander Kepimpinan Terbaik
                          -Anugerah Komander Terbaik Keseluruhan


Anugerah Komander Terbaik Luar Bidang disandang oleh Lt.M Asiahtul Qubra Binti Mat Zain



Anugerah Komander Terbaik Akademik Lt.M Jannatul Farhana Binti Rahman dan Lt.M Nur Faizatul Syazwani Binti Sulaiman.


Anugerah Komander Kepimpinan Terbaik Lt.M Nur Aqilah Binti Jani.



Dan Anugerah Komander Terbaik Keseluruhan Lt.M Muhammad Tashiq Bin Basri.

Seterusnya diteruskan lagi dengan majlis penghargaan dan persaraan Tuan Juakhir dan penyampaian cenderahati kepada VVIP.




Selesai sahaja penyampaian cenderahati dan nyanyian lagu, maka berakhirlah majlis Makan Malam Regimental. Para tetamu VIP, beransur pulang dalam keadaan yang gembira.

Kami mendapat ucapan syabas dan tahniah daripada Mejar Kesatria Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum, kerana berjaya menjalankan majlis Makan Malam Regimental dengan jayanya.


No comments:

Post a Comment