MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, January 21, 2017

MAJLIS PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM) SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017


Pada 12 Januari 2017 bersamaan dengan hari Khamis, Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengadakan Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada pukul 8 malam. Majlis dihadiri oleh 11 komander Persatuan Bulan Sabit Merah, seorang tetamu VIP, 44 orang tetamu jemputan dan 110 orang pelajar Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah.

Pada Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan kali ini, KRM Nurul Najihah Binti Jafri telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kerana sudi menghadiri perjumpaan bagi sesi Disember 2016 - April 2017.

Bagi menambah keberkatan majlis, Muhammad Ameer Haziq Bin Mohd Aziz telah mengetuai bacaan Asmaul Husna dan bacaan doa.

Bacaan doa oleh Muhammad Ameer Haziq Bin Mohd Aziz.


Seterusnya, Ketua Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), KM Nur Nadia Binti Rosli telah menyampaikan kata alu-aluan kepada para hadirin yang telah menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Beliau merasmikan pembubaran ahli jawatankuasa Kompeni PBSM sesi Jun - Oktober 2016 dan seterusnya melantik ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni PBSM sesi Disember 2016 - April 2017. 


 
 Ucapan daripada Ketua Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah
 iaitu KM Nur Nadia Binti Rosli.


Selanjutnya, ucapan daripada wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK), Komander Kanan Firdaus Bin Hamdi, selaku Pegawai Memerintah JPKK mengucapkan selamat datang kepada pelajar semester 1. Beliau membentangkan carta organisasi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI.  Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemputnya ke Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).


 
  Ucapan daripada wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK)
iaitu Komander Kanan Firdaus Bin Hamdi, selaku Pegawai Memerintah dalam JPKK.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Penyelaras Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah iaitu Leftenan Muhizan Bin Miskam (KEST). Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjemputnya ke Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah sesi Disember 2016 - April 2017.


Ucapan daripada penyelaras Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah 
iaitu Leftenan Muhizan Bin Miskam (KEST) .


 Pencapaian persatuan sepanjang semester yang lepas dan perancangan aktiviti bagi semester pada semester pada kali ini turut didedahkan kepada para tetamu dan pelajar kokurikulum.

Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang semester lepas dengan persembahan multimedia yang telah disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Biro Multimedia PBSM.

Selain itu, para hadirin menyanyikan lagu Darah Satria dan UiTM Di Hatiku dan seterusnya para tetamu jemputan dipersilakan untuk berpindah majlis bagi menikmati hidangan yang telah disediakan.

 
 
 Para tetamu jemputan menikmati hidangan yang telah disediakan.

Pengerusi Majlis iaitu KRM Nurul Najihah Binti Jafri berharap agar segala amanat dan ilmu berguna dapat diaplikasikan dan digunakan sebaik mungkin serta menjadi pembakar semangat. Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.




 Gambar kenang-kenangan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment