MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, January 20, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KESATRIA NEGARA KOMPENI ALPHA SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

 Pada 5 Januari 2017 bersamaan dengan hari Khamis yang lepas telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kesatria Negara Kompeni Alpha Sesi Disember 2016 - April 2017 di Dewan Kuliah 2 (DK2) pada jam 8:30 malam.

Pada Perjumpaan Dwi-Tahunan kali ini, saudari KRM Nurul Sofia binti Abdullah telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada Ketua Pegawai Kehormat (KEST), Penasihat Kompeni Alpha, Penasihat Kompeni Bravo , Ketua Kompeni Alpha sesi Jun-Oktober 2016,  wakil TOP 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Disember 2016 - April 2017, wakil barisan majlis tertinggi JPKK, barisan jurulatih, barisan komander Kompeni Alpha dan pelajar semester satu Kompeni Alpha.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Amir Hamzah bin Ahmad Yusuf iaitu wakil pelajar kokurikulum dari Kompeni Alpha bagi memberkati majlis ini.

Bacaan doa yang diketuai oleh saudara Amir Hamzah bin Ahmad Yusuf.

Majlis seterusnya menjemput Penasihat Kompeni Alpha iaitu Mejar Rosnani binti Mohd Salleh (KEST) untuk menyampaikan sedikit ucapan dan menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti yang akan dianjurkan pada semester ini.

Ucapan daripada Penasihat Kompeni Alpha Mejar Rosnani binti Mohd Salleh (KEST) .

Seterusnya majlis menjemput wakil mantan ketua kompeni, KM Sofi Suraya binti Sofruddin untuk memberikan ucapan serta membubarkan ahli jawatankuasa Kompeni Alpha pada semester lepas dan membuat perlantikan ahli jawatankuasa yang baru bagi Kompeni Alpha sesi Disember 2016 - April 2017.
Ucapan daripada Ketua Kompeni Alpha, KM Sofi Suraya binti Sofruddin.

Selesai sahaja ucapan dari Ketua Kompeni, KMdy Nur Syahirah binti Mad Rosli selaku wakil TOP 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI iaitu Pegawai Latih 2 (PL2) sesi Disember 2016 - April 2017 memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bagi sesi Disember 2017 - April 2017 seterusnya mengucapkan selamat datang bagi pelajar semester satu ke Kompeni Alpha.

Ucapan daripada wakil TOP 10, KMdy Nur Syahirah binti Mad Rosli.

Majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia yang mendedahkan aktiviti-aktiviti semester lepas kepada para tetamu. Seterusnya, para tetamu dipersilakan untuk menjamu selera setelah berakhirnya tayangan multimedia.

Antara para tetamu yang hadir pada perjumpaan kali ini.

Pengerusi majlis iaitu saudari KRM Nurul Sofia binti Abdullah mengharapkan kerjasama dari setiap ahli Kompeni Alpha supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis disudahi dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

Gambar kenang-kenangan Kompeni Alpha.



No comments:

Post a Comment