MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, January 20, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KESATRIA NEGARA KOMPENI CHARLIE SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017


Pada 8 Januari 2017 bersamaan hari Ahad, telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kesatria Negara Kompeni Charlie sesi Disember 2016-April 2017 bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 8.30 malam.

Pendaftaran pelajar kokurikulum bagi semester 1.

Pada perjumpaan kali ini, saudari KRM Nur Farezah Binti Sahruddin telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A.Wahab (KEST), selaku Ketua Pegawai Kehormat Kokurikulum Kesatria Negara 1, Penyelaras Kompeni Charlie Lt. (K) Muhammad Fairus Bin Abd Shukor, Penasihat Kompeni Charlie Kapt. (K) Siti Zarikh Sofiah binti Abu Bakar, KM Nurul Asmawani Binti Karim, selaku Ketua Kompeni Charlie, KMdy Siti Nur Syahirah Binti Mohamad Azman, selaku Wakil Top10, barisan Jurulatih Kompeni Charlie, Wakil Top10, Majlis Tertinggi Komander Kesatria, Mantan-mantan Komander Kompeni Charlie, barisan Komander Kompeni Charlie dan pelajar semester 1 kerana sudi menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kesatria Negara Kompeni Charlie sesi Disember 2016-April 2017.
 
Bacaan doa oleh wakil pelajar kokurikulum.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Sayful Amiran Bin Suhaini iaitu wakil pelajar kokurikulum dari Kompeni Charlie.

Ucapan daripada Ketua Kompeni Charlie.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Kompeni Charlie, KM Nurul Asmawani Binti Karim untuk membubarkan ahli jawatankuasa yang lama sesi Jun 2016 - Oktober 2016 seterusnya membuat perlantikan ahli jawatankuasa yang baru bagi Kompeni Charlie sesi Disember 2016 - April 2017. Selain itu, beliau juga menceritakan tentang aktiviti yang diadakan pada semester lepas dan semester ini iaitu induksi, ikhtiar hidup, dan makan malam Kompeni Charlie yang akan disertai oleh para pelajar kokurikulum Kompeni Chalie. Akhir sekali, beliau mengakhiri ucapan dengan kata-kata "mulakan dengan azam dan semangat yang baru bagi mencapai kecemerlangan dunia akhirat."
 
Ucapan daripada Wakil Top 10.

Seterusnya, ucapan daripada KMdy Siti Nur Syahirah Binti Mohamad Azman sebagai Timbalan Pegawai Memerintah (TPM) pada semester ini. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa Kompeni Charlie sesi Disember 2016 - April 2017 serta memberi nasihat kepada pelajar kokurikulum agar mengambil peluang untuk menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan. Beliau juga mengambil kesempatan untuk menceritakan tentang kejayaan yang dirangkul oleh pasukan Komander Kesatria dalam aktiviti JAMBORI siri ke-12 yang berlangsung di UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau. Akhir sekali, beliau berharap agar pelajar kokurikulum serta barisan Komander Kompeni Charlie dapat memberi komitmen untuk bersama-sama menaikkan lagi nama Kompeni Charlie.

Ucapan daripada Penasihat Kompeni Charlie.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan Penasihat Kompeni Charlie, Kapt. (K) Siti Zarikh Sofiah binti Abu Bakar. Beliau mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Charlie bagi sesi Disember 2016 - April 2017. Beliau juga menyampaikan sedikit ucapan agar pelajar kokurikulum dapat memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih dan komander bertugas. Selain itu, beliau juga memberikan nasihat kepada semua agar sentiasa berbuat baik dan sentiasa mengingati ibu bapa. Akhir sekali, beliau menyeru agar semua pelajar kokurikulum serta para komander dapat menjaga nama baik Kompeni Charlie.



Akhir sekali, pengerusi majlis iaitu saudari KRM Nur Farezah Binti Sahruddin mengharapkan kerjasama daripada setiap ahli Kompeni Charlie supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
 
Gambar bersama para tetamu yang hadir dan pelajar kokurikulum.
 

Barisan Komander Kompeni Charlie bersama Bakal Komander Kompeni Charlie.

No comments:

Post a Comment