MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, January 20, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA SESI DISEMBER 2016-APRIL 2017

Pada 5 Januari 2017 telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan bagi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sesi Disember 2016-April 2017 di Dewan Kuliah 1 (DK1)
pada jam 8.30 malam.

Pada Majlis Perjumpaan Dwi-tahunan kali ini, majlis ini telah dikelolakan oleh  KRM Husna Athirah Binti Rozaini sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras kokurikulum, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK), Ketua Kompeni JPAM, Ketua Kompeni JPAM sesi Jun – Oktober 2016, wakil Majlis Tertinggi JPKK, mantan-mantan komander, komander-komander JPAM serta pelajar kokurikulum Kompeni JPAM semester 1, 2 dan 3 kerana sudi menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni JPAM sesi Disember 2016 - April 2017.




Bagi menambah keberkatan majlis tersebut, Syed Ahmad Fadlan Bin Syed Fadhil    telah mengetuai bacaan Asmaul Husna dan bacaan doa.

Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan pembubaran Ahli Jawatankuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang lama oleh KMdy Masita binti Hasim, Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sesi Jun-Oktober 2016.

 ucapan daripada KMdy Masita binti Hasim

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan pelantikan Ahli Jawatankuasa baru bagi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sesi Disember 2016-April 2017 oleh Ketua Kompeni, KM Mohamad Kairol bin Ali Sapar.

 ucapan daripada KM Mohamad Kairol bin Ali Sapar

Selepas ucapan Ketua Kompeni, majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada wakil TOP10 iaitu KMdy Nur Shamira Shamin binti Kamaruddin selaku Adjutan 2, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria, Batalion VI bagi sesi Disember 2016-April 2017. Beliau telah memperkenalkan ahli-ahli Jawatakuasa Perwakilan Komander Kesatria, Batalion VI Sesi Disember 2016-April 2017 serta mengalu-alukan kehadiran pelajar kokurikulum semester 1 ke Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

ucapan daripada KMdy Nur Shamira Shamin binti Kamaruddin

Seterusnya majlis menjemput Lt Mohd Juakhir bin Hassan (KEST), penasihat Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk memberi ucapan. Beliau telah menerangkan sedikit sebanyak tentang pemarkahan kokurikulum kepada pelajar semester 1.

ucapan daripada Lt Mohd Juakhir bin Hassan (KEST)

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia kepada Penasihat Kompeni, Lt Mohd Juakhir bin Hassan.


Akhir sekali, pengerusi majlis iaitu KRM Husna Athirah binti Rozaini mengharapkan kerjasama daripada setiap ahli Kompeni Jabatan Pertahanan Malaysia supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis  telah mengakhiri perjumpaan pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah AL-Asr.

Gambar bersama mantan-mantan Komander Kompeni JPAM

No comments:

Post a Comment