MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, January 20, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KESATRIA NEGARA KOMPENI BRAVO SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

Pada 31 Disember 2016 bersamaan dengan hari sabtu yang lepas telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kesatria Negara Kompeni Bravo yang bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 8 malam.
Pendaftaran bagi pelajar semester 1
Pada perjumpaan kali ini, KRM Sofea Maisara Binti Rizaluddin telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan telah diberikan kepada Penasihat Kompeni Bravo, wakil Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI, Ketua Kompeni Bravo, Komander-komander Kompeni Bravo, Mantan-mantan Kompeni Bravo serta para pelajar semester 1 Kompeni Bravo.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Muhammad Nur Asyraf Bin Ujud bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini.


Seterusnya, majlis telah menjemput Ketua Kompeni Bravo iaitu KM Badrulsyah Firdaus Bin Muhammad Johar untuk memberikan ucapan serta memperkenalkan ahli jawatankuasa Kompeni Bravo yang baru dan membubarkan ahli jawatankuasa yang lama.

Ucapan daripada Ketua Kompeni Bravo iaitu
KM Badrulsyah Firdaus Bin Muhammad Johar
Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil barisan Top 10 iaitu KMdy Nur 'Aliah Nazihah binti Maznan selaku Quarter Master II Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI untuk memberikan ucapan. Beliau mengucapkan selamat datang kepada para pelajar semester 1 Kompeni Bravo serta mengucapkan syabas dan tahniah atas kelancaran perjumpaan ini. Beliau turut memperkenalkan ahli Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI dan menerangkan aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung pada semester ini.

Ucapan daripada wakil Top 10 iaitu
KMdy Nur 'Aliah Nazihah Binti Maznan 
Selesai sahaja ucapan daripada wakil Top 10, majlis menjemput Penasihat Kompeni Bravo iaitu Mejar Norfariza Binti Mohd Ali (KEST) untuk memberi ucapan. Beliau mengucapkan tahniah kepada Kompeni Bravo kerana berjaya menjadi johan pada Karnival Perkad yang telah diadakan pada semester lepas.

Ucapan daripada Penasihat Bravo iaitu
Mejar Norfariza Binti Mohd Ali (KEST)
Selepas itu, para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan tayangan multimedia yang disediakan. Seterusnnya, para tetamu berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang telah disediakan.
Para pelajar sedang menonton tayangan multimedia yang disediakan 
Pengerusi majlis iaitu KRM Sofea Maisara Binti Rizaluddin mengharapkan setiap ahli Kompeni Bravo supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri perjumpaan pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

Gambar kenang-kenangan Kompeni Bravo

No comments:

Post a Comment