MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, January 20, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI BRASS BAND SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

Pada tanggal 6 Januari 2017, bersamaan hari Jumaat yang lalu, telah berlansungnya Majlis Perjumpaan Dwi - Tahunan Kompeni Brass Band bagi sesi Disember 2016 - April 2017,  majlis ini telah diadakan di Lecture Theater 2 (LT2) , pada pukul 8:30 malam. Pada majlis kali ini Komander Rendah Kanan Nur Aqilah Binti Yusri telah bertugas sebagai pengerusi majlis.

Bacaan doa oleh saudara Abdul Muhaimin Bin Abdul Razak

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Abdul Muhaimin Bin Abdul Razak iaitu wakil Hi-com Kompeni Brass Band. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada ketua kompeni, iaitu Komander Muda Nur Syazwina Binti Kharuman untuk membubarkan Ahli Jawatankuasa Komander Kompeni Brass Band sesi Jun - Oktober 2016 serta melantik Ahli Jawatankuasa Komander Kompeni Brass Band yang baru bagi sesi Disember 2016 - April 2017. Beliau juga telah membincangkan tentang aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas.

Ucapan oleh Komander Muda Nur Syazwina selaku ketua kompeni Brass Band

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Band Major Kompeni Brass Band, iaitu saudara Ahmad Idlan Hakim Bin Ahmad Nazarudin untuk membubarkan Ahli Jawatankuasa Hi-com Kompeni Brass Band sesi Jun - Oktober 2016 dan melanti ahli jawatankuasa yang baru. Beliau berharap agar para pelajar dapat meningkatkan tahap kemahiran dalam bermain instrumen.

Ucapan oleh Band Major Ahmad Idlan Hakim Bin Ahmad Nazarudin

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh KMdy Siti Nur Syahirah Binti Mohamad Azman, selaku wakil barisan Top 10 Komander Kesatria Batalion VI. Beliau mengucapkan tahniah kepada Kompeni Brass Band kerana telah berjaya mengadakan majlis ini.

Ucapan wakil Barisan Top 10, iaitu KMdy Siti Nur Syahirah 

Majlis dengan penuh rasa sukacita telah menjemput Penyelaras dan Penasihat Kompeni Brass Band, iaitu Lt. Muhizan Bin Miskam (KEST), beliau juga berharap agar para pelajar dapat memberi kejasama terhadap jurulatih dan mematuhi peraturan. 

Ucapan oleh Lt. Muhizan Bin Miskam (KEST)
Penyelaras dan Penasihat Kompeni Brass Band

Selain itu, majlis juga menjemput Mejar Ujud Bin Pabil (KEST) selaku Pegawai Kokurikulum Universiti Teknlogi Mara Cawangan Johor Kampus Segamat, beliau mengucapkan selamat datang kepada para pelajar semester satu ke Kompeni Brass Band serta beliau juga mengucapkan tahniah kepada Kompeni Brass Band diatas pencapain yang telah dirangkul pada semester lepas.

Ucapan daripada  Mejar Ujud Bin Pabil (KEST)
selaku Pegawai Kokurikulum UiTM Johor ,kampus Segamat

Selepas itu, majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia yang telah disediakan.


Para pelajar kokurikulum kompeni Brass Band

Majlis melabuhkan tirainya dengan nyanyian lagu UITM Sentiasa Di Hatiku. Sebagai penutup majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan para pelajar yang hadir. Majlis bersurai.

Gambar barisan jawatankuasa Komander Brass Band dan jawatankuasa Hi-com
 kompeni Brass Band



No comments:

Post a Comment