MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, August 15, 2015

Sehari Sinaran Singa (Induksi) Kesatria Negara Kompeni Alpha sesi Jun - Oktober 2015

Diadakan pada 14 Ogos 2015 bertempat di Padang Kawad Utama UiTM Johor Kampus Segamat dan dihadiri oleh para pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 Kompeni Alpha UiTM Johor seramai 153 orang pelajar kokurikulum, 13 orang komander pengiring dan beberapa tetamu jemputan iaitu Lt. (K) Fairus bin Abdul Shukor, Mejar (K) Rosnani binti Mohd Salleh, Lt. (K) Mohd Juakhir bin Hassan, En. Nasir bin Fairin dan En. Mohd Ayub bin A.Rahim.

Para pelajar kor kompeni Alpha ketika sesi pendaftaran

Para pelajar melakukan aktiviti senaman ringan 


Sehari Sinaran Singa Kompeni Alpha (Induksi) ini diadakan bertujuan untuk memberi pendekatan dan pendedahan tentang cabaran luar yang bakal dihadapi oleh para pelajar kokurikulum serta input yang lebih mendalam dalam menyemai semangat kerjasama sesama mereka di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Di samping itu, para pelajar kokurikulum ini juga dapat mengenali antara satu sama lain dan induksi ini diharapkan dapat merapatkan hubungan pelajar kokurikulum dengan komander. 

Para pelajar melibatkan diri di dalam aktiviti 'Siapa Yang Bijak"

Para pelajar melibatkan diri di dalam aktiviti 'Siapa Yang Kreatif"


Seterusnya, Sehari Sinaran Singa ini juga diadakan bagi mendidik para pelajar kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Alpha UiTM Johor dalam menyemai sikap toleransi dan bertanggungjawab atas setiap amanah yang diberikan. Induksi ini juga bertujuan meningkatkan tahap keyakinan pelajar kokurikulum dalam menyertai sebarang aktiviti supaya mereka lebih berani dalam menghadapi sebarang situasi. Dengan ini, program Sehari Sinaran Singa (Induksi) Kompeni Alpha sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar Kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Alpha UiTM Johor menuju ke perubahan yang lebih baik.


Berikut adalah aturcara induksi yang dianjurkan.

Aturcara
7.45 pagi : Pendaftaran pelajar 
8.00 pagi : Ketibaan VIP
8.15 pagi : Senaman pagi
8.45 pagi : Pembahaagian kumpulan
9.00 pagi : Aktiviti berkumpulan
9.30 pagi : Aktiviti “Siapa Yang Bijak”
10.45 pagi : Aktiviti “Siapa Yang Kreatif”
11.30 pagi : Penyampaian hadiah
12.15 tengahari:Bersurai

Wakil pelajar ketika acara penyampaian hadiah oleh Penasihat Kompeni Alpha

Wakil Top 10 yang menerima cenderahati daripada Penasihat Kompeni Alpha
Kesemua pelajar kor dan pihak yang menjayakan induksi ini
 terlibat dalam sesi bergambar beramai-ramai sebelum bersurai


Sehari Sinaran Singa Kompeni Alpha (Induksi) ini dilaksanakan sebagai pendekatan yang baru kepada pelajar kokurikulum yang menyertai aktiviti induksi kali ini. Para pelajar bukan sahaja memberikan komitmen yang baik tetapi juga mereka berasa gembira sepanjang induksi ini dijalankan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat sepanjang Sehari Sinaran Singa ini dilangsungkan. Terima kasih juga kepada para peserta yang hadir ke majlis ini. Tidak lupa juga kepada Komander Kesatria Kompeni Alpha, penasihat Kompeni Alpha dan penyelaras Kompeni Alpha dalam menjayakan majlis ini.

No comments:

Post a Comment