MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 28, 2015

Raptai Sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015 Peringkat Daerah Segamat

Pada 27 Ogos 2015 bersamaan pada hari Khamis yang lepas, Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor, Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) dan Pasukan Brass Band UiTM Johor telah terlibat dalam raptai perbarisan sempena menyambut hari kemerdekaan tahun 2015 di Dataran Segamat. Raptai ini diadakan bertujuan untuk mendapat gambaran semasa hari sebenar majlis sambutan hari kemerdekaan yang akan dihadiri oleh seluruh penduduk daerah Segamat. 

Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor tiba di tempat permulaan perarakan

Raptai bermula pada pukul 7.00 pagi. Para Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor, Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) dan Pasukan Brass Band UiTM Johor telah bertolak dari UiTM Segamat pada pukul 6.30 pagi dengan menaiki bas UiTM. Perarakan pada tahun ini lebih mudah dan dekat kerana perjalanan perbarisan telah diubah dan dipendekkan berbanding pada tahun yang lalu. Kesemua yang terlibat dari pelbagai jabatan dalam acara perbarisan turut hadir dalam raptai ini walaupun pada hari bekerja.

Brass Band UiTM Johor berada paling hadapan untuk perbarisan pada kali ini 

Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor berada di belakang peserta Brass Band UiTM Johor

Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) sedang bersiap sedia untuk berarak

Bukan itu sahaja, para Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor dan Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) telah diamanahkan untuk membawa bendera Jalur Gemilang dan bendera Johor. Oleh yang demikian, kedua-dua kontinjen ini ditempatkan di barisan paling hadapan selepas Pasukan Brass Band UiTM Johor.

Kontinjen daripada Pejabat Polis Daerah Segamat

Para komander yang menyertai acara perbarisan sepanduk

Peserta perbarisan sedang berbaris di dalam dataran Segamat

Brass Band UiTM Johor sedang berlatih di tengah-tengah dataran Segamat

Para komander sedang berbaris sebelum bertolak pulang ke UiTM Johor

Raptai penuh ini juga hanya dilakukan sekali sahaja. Kesemua kontinjen telah ditetapkan kedudukan oleh askar yang bertugas pada hari tersebut dan akan berada di kedudukan yang sama  semasa hari kejadian. Para Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor, Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) telah ditempatkan di tengah-tengah hadapan pentas. Selepas semua kontinjen telah tahu dan berada pada kedudukan yang telah ditetapkan, raptai ringkas ini diakhiri dengan sedikit ucapan wakil daripada menteri daerah Segamat yang mengatakan sambutan pada tahun ini telah dipendekkan jarak untuk perarakan bagi memudahkan para peserta perbarisan terutama sekali peserta-peserta daripada tadika dan sekolah rendah.

No comments:

Post a Comment