MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, August 24, 2015

Orienteering Kembara Semester 3 UiTM Johor Sesi Jun – Oktober 2014

Pada bulan Ogos iaitu pada tarikh 22 Ogos 2015, Pertandingan Orienteering Kokurikulum Kesatria Kembara Semester Tiga telah diadakan di UiTM Segamat selama sehari. Pertandingan ini telah disertai oleh 130 orang pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara Semester Tiga. Program ini diiringi oleh dua orang Pegawai Pengiring iaitu Lt.(K) Muhammad Fairus Bin Abd Shukur dan Kapt. (K) Norsyidah binti Mahmat Sani dan juga tiga orang Jurulatih Sambilan Kesatria Kembara iaitu Encik Ishak bin Abu Hassan, Encik Amyrull bin Ishak dan Encik Ruzaimy Bin Mohd Shariff. Selain itu, turut diiringi oleh 17 orang Komander Kesatria Kembara.

Peta yang menjadi rujukan buat para peserta


Orienteering Kembara ini bertujuan untuk:

1. Menjadikan Pelajar-Pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berfikiran matang dalam membuat sesuatu keputusan dalam keadaan darurat dengan bijak.
2. Memberikan pelajar Kesatria Kembara semester 3 merasai pengalaman melakukan aktiviti orienteering terbuka di persekitaran UiTM  Segamat.
3. Menjadikan Pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berdisiplin dan memupuk nilai jati diri di dalam diri masing-masing.

Para peserta sedang memanaskan badan

Pelajar sedang mendapatkan peralatan sebelum aktiviti dimulakan

Peserta sedang bertungkus lumus mencari 'checkpoint'

Kerjasama amat penting ketika melakukan aktiviti orientering

Team Building - LDK

Aturcara:

22 Ogos 2015 (Sabtu)

0745 - Pelajar berkumpul di padang kawad
0800 - Pendaftaran
0815 - Senaman dan aerobik
0850 - Sarapan pagi
1000 - Pertandingan Orienteering
1400 - Pertandingan Orienteering tamat
1430 - Makan tengah hari dan solat zuhur
1530 - LDK (Team Building)
1830 - Persiapan diri
2000 - Majlis penutupan dan makan malam
2130 - Penyampaian hadiah
2230 - Bersurai

Aturcara Makan Malam:

2000 - Ketibaan pelajar Kesatria Kembara
2045 - Ketibaan tetamu VIP
2100 - Nyanyian lagu 1. Bangsa Johor
2. Negaraku
3.Wawasan Setia Warga UiTM
2115 - Bacaan doa
2130 - Ucapan aluan oleh penyelaras Kesatria Kembara
2145 - Ucapan ketua kompeni
2200 - Jamuan makan malam
2215 - Tayangan multimedia
2225 - Persembahan
2245 - Penyampaian hadiah
2250 - Nyanyian lagu UiTM Dihatiku
2300 - Bersurai

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Pemberian cenderahati kepada Jurulatih Kompeni Kesatria Kembara

Keputusannya, tempat pertama bagi Pertandingan Orienteering Kesatria Kembara Semester Tiga dimenangi oleh Kumpulan 18 yang dianggotai seramai empat orang iaitu Muhammad Syazni bin Mahmud, Siti Mastura bt Abd. Jalil, Nur Azwaa Fazila binti Yahya dan Nuramira Arthifah binti Mohd Raus. Tempat kedua pula dimenangi oleh Kumpulan Enam iaitu Nur Izlyn Ilyana binti Ismail, Siti Nuraishah binti Jamaludin, Nur Shahanim binti Rosli dan Muhammad Tashdiq bin Basri. Akhir sekali, tempat ketiga dimiliki oleh Kumpulan Sembilan iaitu Anis Firdaus binti Sarudin, Raja Nurkhalida binti Raja Mohd Zain, Muhammad Haziq Hafizzuddin bin Norazman dan Fatin Nurhaziqah binti Atan.

Pertandingan Orienteering Kesatria Kembara Semester Tiga merupakan satu program yang banyak memberi pengalaman, input dan pengajaran kepada pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara Semester Tiga. Secara keseluruhannya, pertandingan orienteering ini telah banyak mendidik pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara untuk berfikiran matang, berdisiplin, berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan di samping menguatkan mental dan fizikal mereka.

Sepanjang menjalani aktiviti orienteering ini, para pelajar berpeluang untuk menilai tahap pengetahuan masing-masing di dalam penggunaan kompas dan peta. Ini kerana kebanyakan pelajar-pelajar jarang mendapat pengetahuan yang meluas tentang aktiviti-aktiviti sebegini. Mereka hanya tahu bagaimana aktiviti itu dijalankan seperti orienteering tetapi mereka tidak tahu bagaimana alat-alatan itu boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment