MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, August 09, 2015

Ekspedisi Berkayak Dan Latihan Amal Tali Tinggi Kesatria Kembara Semester Dua UiTM Johor Sesi Jun – Oktober 2015

Pada 6 Ogos 2015 hingga 8 Ogos 2015 yang lalu, Kesatria Kembara UiTM Johor telah mengadakan perkhemahan di Taman Botanikal Ayer Keroh dan Pusat Latihan Air Ayer Keroh, Melaka selama tiga hari dua malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh 50 orang pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara Semester Dua. Program ini diiringi oleh seorang Pegawai Pengiring iaitu Kapt. (K) Norsyidah binti Mahmat Sani dan tiga orang Jurulatih Sambilan Kesatria Kembara iaitu Encik Ishak Bin Abu Hassan, Encik Amyrull Bin Ishak dan Encik Ruzaimy Bin Mohd Shariff. Selain itu, turut diiringi oleh 26 orang Komander Kesatria Kembara. Lawatan ini bertujuan untuk :

1. Menjadikan Pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berdisiplin dan memupuk nilai jati diri di dalam diri masing-masing.
2. Ianya terkandung di dalam silibus kursus kokurikulum Kesatria Kembara bermula dari Semester Satu sehingga Semester Tiga dan markah penilaian kursus sebanyak 20% akan diberikan kepada pelajar yang menamatkan kursus dengan jayanya.
3. Mereka diberi peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat.
4. Menjadikan Pelajar-Pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berfikiran matang dan lebih berkeyakinan dalam melakukan sesuatu kerja serta mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

Para pelajar sedang memasang khemah sebaik tiba di tapak perkhemahan

Ice Breaking - LDK 1


Aturcara:

6 Ogos 2015 (Khamis)

2:30 petang - Peserta berkumpul di Padang Kawad
3:30 petang - Bergerak dari UiTM Johor
5:15 petang - Tiba di tapak perkhemahan 
5:45 petang - Solat Asar
6:15 petang - Mempelajari asas perkhemahan
7:00 petang - Pentadbiran diri
7:30 petang - Solat Magrib , tazkirah ringkas dan Solat Isyak
8:45 malam - Makan Malam
9:15 malam - Ice breaking (LDK 1)
11:30 malam - Taklimat : Pengenalan dan Teori Kayak
1:00 pagi         - Kawalan malam

Aktiviti Abceiling



Aktiviti Flying Fox

Para pelajar diberikan taklimat untuk mengelakkan kemalangan 

Aktiviti berkayak


7 Ogos 2015 (Jumaat)

6:00 pagi   - Solat Subuh
6:30 pagi   - Senaman pagi
7:30 pagi   - Sarapan pagi
8:00 pagi   - Teori & praktikal kayak
10:30 pagi - Praktikal kayak
12:30 t/hari - Makan tengahari
1:30 petang - Solat Jumat/Zohor
2:00 petang - Ujian kayak
5:30 petang - Solat Asar
6:00 petang - Minum petang
7:00 petang - Pentadbiran diri
7:30 petang - Solat Magrib dan Solat Isyak
11:00 malam - Ikhtiar hidup
1:30 pagi         - Kawalan malam

8 Ogos 2015 (Sabtu)

6:00 pagi   - Solat Subuh
6:30 pagi   - Senaman pagi
7:30 pagi   - Sarapan pagi
8:00 pagi   - Teori & praktikal tali
10:00 pagi - Ujian tali
12:30 t/hari - Makan tengahari
2:00 petang - Pentadbiran diri
4:00 petang - Pembersihan kawasan & majlis penutupan
5:00 petang - Pulang ke UiTM Johor

Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada fasilitator yang terlibat iaitu Jurulatih Pusat Latihan Air REDTMA Ayer Keroh, Melaka dan juga Jurulatih Sambilan Kokurikulum Kesatria Kembara. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan berlangsung seperti aktiviti berkayak, abseiling, flying fox, kembara malam, ikatan dan simpulan dan juga pengenalan kepada peralatan. Aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara para peserta.

Perkhemahan Kesatria Kembara Semester Dua merupakan satu program yang banyak memberi pengalaman, input dan pengajaran kepada pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara Semester Dua. Secara keseluruhannya, perkhemahan ini telah banyak mendidik pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara untuk berfikiran positif, berdisiplin, berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan di samping menguatkan mental dan fizikal mereka. Sepanjang menjalani perkhemahan ini, para pelajar berpeluang untuk menilai tahap pengetahuan masing-masing di dalam rekreasi ini, ini kerana kebanyakan pelajar-pelajar jarang mendapat pengetahuan yang meluas tentang aktiviti-aktiviti rekreasi. Mereka hanya tahu bagaimana aktiviti itu dijalankan seperti abseiling, flying fox dan berkayak tetapi mereka tidak tahu alat apa yang akan digunakan dan apakah kegunaanya.

No comments:

Post a Comment