MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, August 23, 2015

Program Bersama Dengan Pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal

Pada 22 Ogos 2015, Ahli Jawatankuasa Kelab Bridged Sukarelawan UiTM Johor telah mengadakan program bersama dengan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal. Program ini bermula pada pukul 7.00 pagi, semua pelajar berkumpul d padang kawad baru. Selepas sahaja semua pelajar berkumpul bersama-sama dengan guru pengiring, pihak fasilitator iaitu komander mengiringi pelajar-pelajar tersebut ke Dewan Kuliah 1 untuk menyampaikan sedikit taklimat  dan perasmian. Selesai sahaja perasmian, pelajar-pelajar diminta untuk ke padang kawad baru semula untuk senaman pagi. Selepas senaman pagi, pelajar di bahagikan kepada 2 platun. Semua pelajar kemudian, di ajar untuk berkawad dengan betul oleh komander-komander pengiring. Selepas belajar kawad, semua pelajar bersama-sama dengan guru pengiring berehat untuk sarapan pagi.

Para peserta melakukan aktiviti 'jungle trekking'
Selepas sarapan, semua pelajar berkumpul untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti 'jungle trekking'. Aktiviti ini di awasi oleh beberapa komander dan Mejar (K) Ujud bin Pabil. Semasa aktiviti ini berlangsung,  Mejar (K) Ujud bin Pabil memberi sedikit taklimat tentang cara untuk menyelamatkan diri apabila tersesat. Selepas tamat aktiviti 'jungle trekking', semua pelajar di ajar pula cara untuk bermain rempuh halangan di padang rempuh UiTM Johor. Komander-komander mengajar dan membuat cara untuk bermain rempuh dengan betul.

Aktiviti merempuh halangan


Selepas tamat aktiviti rempuh halangan, pelajar kemudian di bawa untuk makan tengah hari bersama-sama komander pengiring. Selepas makan, komander-komander mengiring pelajar-pelajar tersebut ke Masjid As-Syakirin untuk berehat dan menunggu solat Zuhur.Selepas solat berjemaah di masjid, pelajar di bawa ke Dewan Kuliah 1 semula untuk mendengar taklimat daripada Mejar (K) Ujud Bin Pabil. Kemudian , aktiviti diteruskan dengan cara memasang dan membuka khemah. Komander membuat demonstrasi tentang cara memasang khemah untuk panduan kepada pelajar-peljar tersebut.Selepas demonstrasi, pelajar-pelajar pula di beri masa untuk memasang khemah tersebut dengan komander pengiring untuk setiap kumpulan.

Aktiviti memasang khemah
Majlis penyampaian hadiah kepada guru pengiring Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal

Selepas aktiviti memasang khemah,semua pelajar di iring ke band room untuk menyaksikan persembahan dari kumpulan Brass Band. Semua pelajar rasa terhibur menyaksikan persembahan tersebut. Selepas tamat persembahan Brass Band, komander-komander mengiring semua pelajar ke padang kawad baru semula untuk majlis penutupan.


No comments:

Post a Comment