MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, July 28, 2012

AGM Kompeni Bomba

   
     Pada 24 Jun 2012, Kokurikulum Kompeni Bomba telah mengadakan Mesyuarat Agong di Dewan Karyawan 2. Pada Mesyuarat Agong kali ini Muhammad Nazheef Ikhwan Bin Mohamad Jais  bertindak sebagai pengerusi majlis. Ribuan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada Pegawai Kehormat Kompeni Bomba Kapt. Kesatria Ahmad Kamarulzaman Bin Othman, Penyelaras Kokurikulum Kompeni Bomba Lt. Kesatria Juakhir Bin Hassan, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria(JPKK) KMDy Muhammad Firdaus Naim Bin Jahari, mantan-mantan komander, ketua-ketua kompeni dan komander-komander Bomba serta ahli Kompeni Bomba kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Bomba sesi Jun-November 2012.

   

    Bagi memberkati majlis yang mulia ini, pelajar kokurikulum Kompeni Bomba iaitu Mohamad Syafiq Bin Zulkifli telah bertindak sebagai ketua dalam pembacaan doa. Selepas itu, Ketua Kompeni Bomba iaitu KM Siti Nabilah Binti Zainal Abidin bertindak sebagai ketua kompeni sesi Jun-November 2012 untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa baru bagi sesi Jun-November 2012 sekaligus membubarkan Jawatankuasa Kompeni Bomba sesi November 2011-Mac 2012. Seterusnya beliau memberikan sedikit ucapan serta pesanan kepada pelajar kokurikulum kompeni bomba dan menerangkan aktiviti yang berlangsung pada semester ini.


   Seterusnya ucapan daripada Penyelaras Kompeni Bomba, Lt. Kesatria Juakhir Bin Hassan mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli baru Kompeni Bomba iaitu para pelajar semester satu. Beliau turut menekankan mengenai kehadiran para pelajar ke kelas kokurikulum. Selain itu, beliau turut menawarkan permohonan untuk menjadi Komander Kesatria kepada para pelajar yang berminat. Beliau turut memberikan sedikit ucapan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan serta memberikan beberapa amanat penting kepada pelajar kokurikulum bomba. Majlis dteruskan lagi dengan ucapan daripada KMDy Firdaus Naim Bin Jahari selaku wakil Jawatankuasa Tertinggi JPKK. Beliau telah memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria bagi sesi Jun-November 2012. Selain itu, beliau juga telah memberikan sedikit nasihat yang berguna kepada para pelajar kokurikulum Kompeni Bomba.




  Kapt. Kesatria Ahmad Kamarulzaman Bin Othman selaku pegawai kehormat Kompeni Bomba mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput beliau ke majlis berprestij ini. Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang lama serta baru. Beliau memberi beberapa amanat yang amat penting kepada para pelajar khususnya pelajar semester satu. Beliau menyeru agar para pelajar Kompeni Bomba menyahut cabaran dalam aktiviti yang bakal dijalankan pada semester ini begitu juga semester akan datang. Seterusnya beliau turut mencabar para pelajar untuk menyertai Komander Kesatria Batalion Ke VI. Mesyuarat berakhir selesainya upacara multimedia dan semua bersurai.






No comments:

Post a Comment