MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, July 13, 2012

AGM Kompeni Badan Pertolongan Cemas (BPC)


        Pada 21 Jun 2012, Kompeni Badan Pertolongan Cemas telah mengadakan Mesyuarat Agong di Dewan Karyawan 1. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  semester 1, 2 dan 3. Majlis dihadiri oleh penyelaras kokurikulum  Badan Pertolongan Cemas , Left Kesatria Samsuri bin Mohd Tahir, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, Presiden Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  , mantan komander, ahli Kompeni  Badan Pertolongan Cemas   dan pelajar semester 1,2 dan 3 Kompeni  Badan Pertolongan Cemas   sesi Jun 2012 – Nov 2012. Kompeni ini mempunyai seramai 149 orang pelajar dari bahagian 1, 2 dan 3.



    Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh pelajar Kokurikulum, Aminuddin bin Hashim bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan daripada mantan Ketua Kompeni  Badan Pertolongan Cemas , KM Fatin Hazwani binti Zaini telah memberi ucapan sekaligus membubarkan jawatankuasa Badan Pertolongan Cemas semester lepas. Ucapan daripada KM Rysha Nadia bt Mohamad Shukor selaku Ketua Kompeni  Badan Pertolongan Cemas , beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam kompeni  Badan Pertolongan Cemas  dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dlam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang. Beliau telah melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi kompeni  Badan Pertolongan Cemas  sesi Jun 2012 – November 2012.Wakil top 5, KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi sesi Jun 2012 – November 2012. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  dan semoga Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  akan terus menjuarai setiap pertandingan yang akan datang.

  
   Penyelaras Kokurikulum Kompeni  Badan Pertolongan Cemas, Left Kesatria Samsuri bin Mohd Tahir  telah menyampaikan amanat kepada pelajar Kokurikulum Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  . Beliau juga  mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua pegawai, tenaga-tenaga pengajar, pihak pengurusan, serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam menguruskan Kompeni  Badan Pertolongan Cemas. Beliau mengajak pelajar Kokurikulum mengikuti program LIBK iaitu Latihan Insentif Bakal Komander,,dimana latihan ini akan melatih anda untuk menjadi seorang komander yang berwibawa dan berdisiplin. Mesyuarat berakhir apabila selesainya persembahan multimedia dan para tetamu dijemput untuk menikmati selera sebelum bersurai. 





No comments:

Post a Comment