MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, July 13, 2012

AGM Kompeni Bravo


        Pada 28 Jun 2012, Kompeni Bravo telah mengadakan Mesyuarat Agong di Dewan Karyawan 2. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kesatria Negara 1 Kompeni Bravo dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Bravo semester 1. Majlis dihadiri oleh penyelaras kokurikulum Leftenan Kesatria Encik Jamil Bin Sulong, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, Presiden Kompeni Bravo, mantan komander, ahli Kompeni Bravo dan pelajar semester 1 Kompeni Bravo sesi Jun 2012 – Nov 2012.



    Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Amer Syazwan bin Mansoor bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan daripada KM Fatin Nurizzati bt Abu bakar selaku Ketua Kompeni Kesatria Negara 1, Kompeni Bravo. Beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam Kompeni Bravo dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dlam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang. Beliau telah membubarkan jawatankuasa sesi November 2011 – Mac 2012 dan memberikan ucapan sekaligus melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi Kompei Bravo sesi Jun 2012 – November 2012.Wakil top 5, KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi sesi Jun 2012 – November 2012. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni Bravo dan semoga Kompeni Bravo akan terus menjuarai setiap pertandingan yang akan datang.

  
   Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Bravo Left Kesatria Jamil bin Sulong menyampaikan amanat kepada pelajar Kokurikulum Kompeni Bravo. Beliau juga  mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua pegawai, tenaga-tenaga pengajar, pihak pengurusan, serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam menguruskan Kompeni Bravo. Beliau mengajak pelajar Kokurikulum mengikuti program LIBK iaitu Latihan Insentif Bakal Komander,,dimana latihan ini akan melatih anda untuk menjadi seorang komander yang berwibawa dan berdisiplin. Mesyuarat berakhir apabila selesainya persembahan multimedia dan para tetamu dijemput untuk menikmati selera sebelum bersurai. 




No comments:

Post a Comment