MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, July 13, 2012

AGM Kompeni Alpha

        Pada 27 Jun 2012, kompeni Alpha telah mengadakan Annual General Meeting di Dewan Karyawan 2. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kesatria Negara 1, Kompeni Alpha dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Alpha semester 1. Majlis dihadiri oleh Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara 1, Left. Kest Jamil bin Sulong, Jurulatih Kokurikulum Kompeni Alpha, Encik Hamzah bin Ibrahim, dan Encik Md Rawi bin Ikhwan, Ketua Kompeni Alpha, KM Muhammad Faidi Bin Safarrudin, wakil top 5,  Majlis Tertinggi Komander Kesatria dan ahli-ahli Kompeni Alpha.






       Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ahmad Syazril Zarif bin Mohamad bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan daripada KM Muhammad Faidi Bin Safarruddin  selaku Ketua Kompeni Kesatria Negara 1, Kompeni Alpha. Beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam kompeni alpha dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dlam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang. Beliau juga mengatakan bahawa tumpuan yang lebih serius dan kerjasama adalah faktor yang penting untuk memperoleh kemenangan. Beliau telah membubarkan jawatankuasa sesi November 2011 – Mac 2012 dan memberikan ucapan sekaligus melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi Kompei Alpha sesi Jun 2012 – November 2012. Wakil top 5, KMdy Mohamad  Hafiz bin Abdullah memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi sesi Jun 2012 – November 2012. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni Alpha dan semoga Kompeni Alpha akan terus menjuarai setiap pertandingan yang akan datang.


      Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Alpha Left Kesatria Jamil bin Sulong menyampaikan amanat kepada pelajar Kokurikulum Kompeni Alpha. Beliau juga  mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua pegawai, tenaga-tenaga pengajar, pihak pengurusan, serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam menguruskan Kompeni Alpha. Beliau mengajak pelajar Kokurikulum mengikuti program LIBK iaitu Latihan Insentif Bakal Komander,,dimana latihan ini akan melatih anda untuk menjadi seorang komander yang berwibawa dan berdisiplin. Mesyuarat berakhir apabila selesainya persembahan multimedia dan para tetamu dijemput untuk menikmati selera sebelum bersurai. 





No comments:

Post a Comment