MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, August 01, 2012

AGM Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Sesi Jun-Oktober 2012


      Pada Mesyuarat Agong kali ini KRM Muhamad Azfar Bin Muhamad Rohani bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu – aluan diucapkan kepada Mejar Kesatria Ujud Bin Pabil, KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, Mantan- mantan komander, Majlis Perwakilan Pelajar,Jawatankuasa Perwakilan kolej sektor A dan B,Majlis tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria,ketua-ketua kompeni, Ketua-ketua biro, komander-komander kesatria UiTM Johor di atas kesudian menghadiri Mesyuarat Agong Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria bagi sesi Jun 2012- November 2012. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Muhamad Thaqif Bin Azmi   bagi memberkati majlis yang berprestij ini.

      KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim memberikan sedikit ucapan terima kasih dimana dalam ucapan tersebut beliau mengucapkan tahniah di atas komitmen yang diberikan oleh komander-komander kesatria selama ini. Beliau juga mengucapkan tahniah diatas kejayaan komander kesatria yang telah mengharumkan nama UiTM Johor dalam pertandingan Jambori dan KKEC.  Semasa pertandingan KKEC kontijen Johor telah memenangi tempat kedua dalam acara jalan lasak dan tempat ketiga dalam acara paintball. Mempertahankan kemenangan  itu lebih sukar dari mengejar kemenangan. Oleh itu, beliau menasihati agar setiap komander haruslah memberikan sepenuh komitmen dalam apa jua aktiviti yang akan dijalankan serta  dapat menjalankan tangungjawab dengan sebaik mungkin . Seterusnya beliau membubarkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria sesi November 2011- Mac 2012 dan memperkenalkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria battalion Vl bagi sesi Jun 2012- November 2012.  

          Mejar Kesatria Ujud Bin Pabil memberikan ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir seperti Majlis Perwakilan Pelajar,Jawatankuasa Perwakilan Kolej sektor A dan B serta mantan-mantan komander yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada tampuk pemerintahan semester ini kerana telah membawa banyak peningkatan dan membuatkan UiTM Johor semakin terserlah. Tidak lupa juga  ucapan tahniah diucapkan kepada komander johor kerana telah  membawa kejayaan seperti KKEC di Uitm Pulau Pinang baru- baru ini dalam acara jalan lasak dan paintball. Beliau mengharapkan semua komander dapat memberikan sepenuh komitmen dan mencari lebih banyak lagi pengalaman. Selain itu, beliau mengharapkan kita membawa lagi kejayaan dalam Jambori Komander di Uitm Kelantan pada hujung semester ini. Tambahan lagi, beliau berkata komander kesatria adalah imej UiTM yang perlu dijaga. Sijil pentaulihan komander akan diberikan kepada batch 19 di Uitm Kelantan. Akhir kata, beliau berharap agar setiap komander boleh menarik lebih ramai  pelajar untuk mengikuti latihan intensif bakal komander(LIBK) pada akhir semester ini  dan mengucapkan tahniah dan semoga berjaya untuk pemerintahan semester ini. Seterusnya , majlis ini diteruskan lagi dengan majlis pemakaian pangkat bagi Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria yang telah disempurnakan oleh Pegawai Kokurikulum iaitu Mejar Kesatria Ujud Bin Pabil dan diiringi oleh KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim. Mesyuarat berakhir apabila selesai pembentangan laporan  aktiviti bagi setiap biro. Para tetamu di jemput untuk menikmati selera sebelum bersurai.



JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER
KESATRIA BATALION VI
UiTM JOHOR
SESI JUN 2012-NOVEMBER 2012


PEGAWAI PEMERINTAH
KK MOHD SYAFIQ B. ABU HASHIM

TIMBALAN PEGAWAI PEMERINTAH
KMdy MUHAMMAD FIRDAUS NAIM B. JAHARI

PEGAWAI LATIH
KMdy KHAIRUL AKMAL B. ALIAS

EJUTAN
KMdy NURSYUHADA BT MOHD TAIB

QUARTER MASTER
KMdy MOHAMAD HAFIZ B. ABDULLAH

SETIAUSAHA 1
KM SITI AISHAH BT MD HAFIDZUDDIN

SETIAUSAHA 2
KRK NURUL FETRAH BINTI KHAMIS

BENDAHARI 1
KM UMMI MADEEHA BINTI ISMON

BENDAHARI 2
KRK SITI NURAZIMA BINTI AHMAD JAIS

KETUA BIRO FASILITI
KM NUR SYURIA BT MOHD KHAFI

KETUA BIRO PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN
     KM INTAN IZZANNA BT MARSUL

KETUA BIRO KORPORAT
  KM MUHAMMAD ZULFADLI B KHAIDIR

KETUA BIRO MEDIA DAN PRODUKSI
KM NASRUL SYAZWAN B. MOHAMMED

  KETUA BIRO KEROHANIAN
KRK MOHD RIDZWAN BIN RASHID

KETUA BIRO KEUSAHAWANAN DAN JARINGAN INDUSTRI
KRK NORMAIAZA BINTI AZMAN

KETUA KOMPENI ALPHA
KM MUHAMMAD FAIDI B. SAFARRUDIN

KETUA KOMPENI BRAVO
KM FATIN NURIZZATI BT ABU BAKAR

KETA KOMPENI CHARLIE
KM DAYANG SURAYA BT SABTU

KETUA KOMPENI BAKAL KOMANDER
KM SITI AISHAH BT MD HAFIDZUDDIN

KETUA KOMPENI JPAM
KM MUHAMMAD KAMARUL AZWAN BIN AHMAD ISMAIL

KETUA KOMPENI BOMBA
KM SITI NABILAH BT ZAINAL ABIDIN

KETUA KOMPENI BPC
KM RYSHA NADIA BINTI MOHAMMAD SHUKOR

KETUA KOMPENI BRASS BAND
KM ABDUL ADZAM B. MD DAIM

KETUA KOMPENI KEMBARA
KM SHARIFAH NORKHAMLUNISA BINTI ABDUL GHANI

SENARAI AKTIVITI SEPANJANG SESI JUN 2012-NOVEMBER 2012

·         PERKAD
·     Jambori di Uitm Kelantan








No comments:

Post a Comment