MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, July 01, 2012

JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA 1MALAYSIA


Gerakan Destini Anak Bangsa telah bekerjasama dengan UiTM bagi menjayakan satu siri jelajah yang diberi nama “JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA 1MALAYSIA” ke seluruh Malaysia sepanjang Mei 2012 telah dianjurkan oleh Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

    Dinaungi oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, program ini diadakan dengan tujuan utama adalah untuk membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

  Pada 10 Mei 2012, bertempat di UiTM Segamat, acara pelepasan konvoi kenderaan atau flag off’ “JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA 1MALAYSIA” pada kali ini diadakan dengan penyertaan seramai lebih 40 orang sukarelawan, terdiri daripada komander UiTM Johor sendiri.

  Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) cetusan ilham Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar ini pada dasarnya menumpukan kepada usaha jitu UiTM bagi mengubah nasib anak Melayu dan Bumiputera miskin menerusi suatu proses pemindahan ilmu secara formal di UiTM.

  Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dato’ Dr Abdullah Mohd Said, perkara yang tersirat di sebalik program ini yang perlu dilihat ialah suntikan semangat dan dorongan yang diberi kepada masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah tentang peri pentingnya pendidikan tinggi untuk masa depan mereka.

  Sebanyak 88 lokasi terpilih seluruh Malaysia akan dijelajah oleh pasukan GDAB. Selain dibiayai sepenuhnya tabung MDAB, program siri jelajah kali ini turut mendapat tajaan daripada pihak Affin Bank, Jakel dan KUB Malaysia Berhad.







   



No comments:

Post a Comment