MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, July 13, 2012

AGM Kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)


       Pada 26 Jun 2012, Kompeni Jabatan Pertahanan Awam telah mengadakan Mesyuarat Agong di Dewan Karyawan 2. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kompeni JPAM semester 1, 2 dan 3. Majlis dihadiri oleh penyelaras kokurikulum Kompeni Jabatan Pertahanan Awam, Encik Mohd Juakhir bin Hassan, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, Presiden Kompeni JPAM, mantan komander, ahli Kompeni JPAM dan pelajar semester 1, 2 dan 3 Kompeni JPAM sesi Jun 2012 – Nov 2012. Kompeni ini mempunyai seramai 230 orang pelajar dari bahagian 1, 2 dan 3.



    Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRK Ammar Hakim bin Zulkofli bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan daripada mantan Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam, KMdy Mohamad Hafiz bin Abdullah telah memberi ucapan sekaligus membubarkan jawatankuasa semester lepas. Ucapan daripada KM Muahammad KamarulAzwan bin Ahmad Ismail selaku Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam, beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam kompeni JPAM dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dlam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang. Beliau telah melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi kompeni JPAM sesi Jun 2012 – November 2012.Wakil top 5, KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi sesi Jun 2012 – November 2012. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni JPAM dan semoga Kompeni JPAM akan terus menjuarai setiap pertandingan yang akan datang.

  

   Penyelaras Kokurikulum Kompeni JPAM, Encik Mohd Juakhir bin Hassan telah menyampaikan amanat kepada pelajar Kokurikulum Kompeni JPAM. Beliau juga  mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua pegawai, tenaga-tenaga pengajar, pihak pengurusan, serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam menguruskan Kompeni JPAM. Beliau mengajak pelajar Kokurikulum mengikuti program LIBK iaitu Latihan Insentif Bakal Komander,,dimana latihan ini akan melatih anda untuk menjadi seorang komander yang berwibawa dan berdisiplin. Mesyuarat berakhir apabila selesainya persembahan multimedia dan para tetamu dijemput untuk menikmati selera sebelum bersurai. 




No comments:

Post a Comment