MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, March 06, 2017

MAJLIS MAKAN MALAM KESATRIA NEGARA KOMPENI BRAVO "A NIGHT WITH ACCALIA" SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

      Pada 23 Februari 2017 bersamaan dengan hari Khamis yang lepas telah diadakan Makan Malam Kesatria Negara Kompeni Bravo "A Night With Accalia" yang bertempat di Perkarangan Tun Dr. Ismail (PTDI 1) pada jam 8.15 malam.

      Majlis Makan Malam "A Night With Accalia" ini disertai oleh pelajar kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Bravo. Majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubugan silaturahim antara pelajar kokurikulum dengan komander Kesatria Negara Kompeni Bravo.

      Pada majlis makan malam kali ini, KRM Puteri Nur Aina Binti Asmady telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan telah diberikan kepada Penasihat Kompeni Bravo, wakil Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI, Ketua Kompeni Bravo, Komander-komander Kesatria Kompeni Bravo, Mantan-mantan Kompeni Bravo serta para pelajar semester 1 Kompeni Bravo.

      Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga lagu wajib iaitu lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Muhammad Nabil Bin Hafizan.

      Seterusnya, majlis menjemput Ketua Kompeni Bravo iaitu KM Badrulsyah Firdaus Bin Muhammad Johar untuk memberikan ucapan. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Beliau juga turut mengucapkan sekalung tahniah kepada Komander-komander Kesatria Kompeni Bravo kerana bertungkus-lumus untuk menjayakan setiap aktiviti yang telah diadakan. 


Ucapan daripada Ketua Kompeni Bravo iaitu KM Badrulsyah
Firdaus Bin Muhammad Johar

      Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil barisan Top 10 iaitu KMdy NurFarisha Syamin Binti Roslan selaku Pegawai Operasi Kompeni Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar Kesatria Negara Kompeni Bravo yang telah hadir dan memberi komitmen yang memuskan.



Ucapan daripada wakil barisan Top 10 iaitu KMdy Nurfarisha
Syamin Binti Roslan 

      Setelah selesai ucapan, KRM Ahmad Nabil Bin Hafizan telah mengetuai bacaan doa makan dan aktiviti diteruskan lagi dengan jamuan makan malam. Semasa jamuan makan malam sedang berlangsung, para tetamu disajikan lagi dengan tayangan multimedia.



Para tetamu sedang menjamu hidangan yang disediakan 

      Seterusnya, sesi cabutan bertuah telah diadakan untuk memeriahkan lagi majlis. Komander-komander Kesatria Kompeni Bravo yang bertuah juga telah menerima hadiah melalui undi pelajar kokurikulum. Kemudian, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu UiTM Dihatiku.


Penyampaian hadiah kepada pelajar kokurikulum pada sesi
cabutan bertuah

Gambar kenang-kenangan Kompeni Bravo





No comments:

Post a Comment