MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, March 11, 2017

AKSARA CHARLIE


Pada 2 Mac 2017 yang lalu, majlis makan malam Kompeni Charlie telah diadakan di Bilik Kuliah Sri Pegaga (BKSP) dan berjaya dilaksanakan dengan hasil usaha dari pelbagai pihak. Majlis makan malam ini telah diadakan pada satu malam dengan pelbagai aktiviti dan beberapa slot yang menarik telah disediakan untuk memeriahkan lagi suasana majlis. Majlis makan malam ini telah dirancang serta disediakan oleh para Komander Charlie, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.

Pendaftaran pelajar kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Charlie semester 1.

       Tujuan program ini diadakan untuk memberi penghargaan dan meraikan seluruh ahli jawatankuasa dan pelajar kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Charlie, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat sesi Disember 2016-April 2017. Penghargaan ini adalah untuk membalas kerjasama dan komitmen semua yang terlibat dalam menjayakan segala program yang telah dijalankan sepanjang semester tersebut. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan jurulatih-jurulatih, para komander serta para pelajar kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Charlie. Dalam pada itu, majlis ini merupakan medium untuk merapatkan hubungan silaturahim antara semua pihak yang terdiri daripada jemputan VIP, jurulatih-jurulatih, para komander dan juga pelajar kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Charlie. 

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Sayful Amiran bin Suhaini dan diteruskan lagi dengan bacaan yassin serta doa selamat untuk mendoakan kesejahteraan para jurulatih, komander-komander, dan para pelajar.

                        
                                   Bacaan doa yang diketuai oleh KRM Sayful Amiran bin Suhaini.

     
      Bacaan yassin oleh para tetamu yang hadir.


Setelah selesai bacaan yassin dan doa selamat, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada penasihat Kompeni Charlie iaitu Kapten (K) Siti Zarikh Sofiah binti Abu Bakar.
 Ucapan daripada penasihat Kompeni Charlie, Kapten (K) Siti Zarikh Sofiah binti Abu Bakar.


Seterusnya, majlis menjemput Ketua Kompeni Charlie, KM Nurul Asmawani binti Karim untuk menyampaikan ucapan beliau. 
 
  Ucapan daripada Ketua Kompeni Charlie iaitu KM Nurul Asmawani binti Karim.


Setelah selesai ucapan daripada Ketua Kompeni Charlie iaitu KM Nurul Asmawani binti Karim, KRM Sayful Amiran bin Suhaini telah mengetuai bacaan doa sebelum para tetamu menikmati hidangan yang telah disediakan dan diserikan lagi dengan tayangan multimedia. 

Para tetamu sedang menikmati hidangan yang telah disediakan. 


Majlis telah diserikan lagi dengan penyampaian anugerah komander. Selain itu, cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana majlis dan diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada para jurulatih.

Tahniah kepada KRK Nur Ain Aqilah binti Jasni kerana telah memperolehi 
Anugerah Komander Garang. 


Penyampaian hadiah kepada pelajar kokurikulum yang bertuah semasa sesi
 cabutan bertuah. 


Penyampaian cenderamata kepada para jurulatih. 


Majlis telah diakhiri dengan sesi bergambar bersama para tetamu jemputan yang telah hadir ke Majlis Makan Malam Aksara Charlie. 

  Sesi bergambar bersama para tetamu jemputan yang telah hadir. 
  

No comments:

Post a Comment