Sunday, March 12, 2017

MAJLIS MAKAN MALAM BLACK MANGROVE NIGHT KOMPENI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA SESI DISEMBER 2016-APRIL 2017

Pada 4 Mac 2017 bersamaan dengan hari Sabtu kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah mengadakan majlis makan malam iaitu " Black Mangrove Night" bertempat di Dewan Ulam Raja pada jam 8.00 malam.

Majlis makan malam "Black Mangrove Night" ini disertai oleh pelajar kokurikulum kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar kokurikulum dengan komander kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Pada majlis makan malam kali ini, KRM Nor Bazran bin Baharum dan KRM Aqilah Faqihah bt Mohd Isa telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis.

Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga lagu wajib iaitu lagu Negaraku,Bangsa Johor dan Wawasan Setia Warga UiTM. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh saudara Muhamad Iqmal Hakim bin Mohamad.

Bacaan doa oleh wakil pelajar kokurikulum 
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia


Majlis menjemput Ketua Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia iaitu KM Mohamad Kairol bin Ali Sapar untuk memberikan ucapan.Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.


Ucapan oleh Ketua Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
KM Mohamd Kairol bin Ali Sapar.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan penyelaras kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia iaitu Leftenan Muhizan bin Miskam (KEST)

Ucapan oleh penyelaras kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Leftenan Muhizan bin Miskam (KEST)


Setelah selesai ucapan penyelaras kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, saudara Muhamad Iqmal Hakim bin Mohamad mengetuai bacaan doa makan malam sebelum para tetamu menjamu selera dengan juadah yang telah dihidangkan. Sambil menjamu selera, para tetamu dihiburkan dengan tayangan multimedia. 
Para tetamu VIP sedang menjamu selera.

Seterusnya selepas para tetamu menjamu selera, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penyelaras kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Leftenan Muhizan bin Miskam (KEST) dan para jurulatih.


Penyampaian cenderahati kepada penyelaras kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Leftenan Muhizan bin Miskam (KEST)

 Cenderahati kepada jurulatih, Tuan Zulkifli Chandra bin Abdullah


Cenderahati kepada jurulatih, Puan Rohayah binti Mahfuz

Sebelum bersurai, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku.

 Gambar ketua kompeni bersama tetamu VIP.


Gambar komander Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

No comments:

Post a Comment