MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, March 11, 2017

MAJLIS MAKAN MALAM KESATRIA NEGARA KOMPENI ALPHA SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

Pada 2 Mac 2017 bersamaan dengan hari Khamis yang lepas telah diadakan Makan Malam Kesatria Negara Kompeni Alpha yang bertempat di Dewan Makan Ulam Raja pada jam 8.15 malam.

Pendaftaran bagi pelajar kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Alpha Semester 1.
      Majlis Makan Malam ini disertai oleh pelajar kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Alpha. Majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar kokurikulum dengan para komander Kesatria Negara Kompeni Alpha.

      Pada majlis makan malam kali ini, KRM Nurrul Shakira Azirah binti Yusri telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan telah diberikan kepada Penasihat Kompeni Alpha, wakil Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI, Ketua Kompeni Alpha, Komander-komander Kesatria Kompeni Alpha, Mantan-mantan Kompeni Alpha serta para pelajar semester 1 Kompeni Alpha.

      Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga lagu wajib iaitu lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Amir Hamzah bin Ahmad Yusuf.

Bacaan doa yang diketuai oleh KRM Amir Hamzah bin Ahmad Yusuf.
     Majlis menjemput Ketua Kompeni Alpha iaitu KM Sofi Suraya binti Sofruddin untuk memberikan ucapan. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Beliau juga turut mengucapkan sekalung tahniah kepada Komander-komander Kesatria Kompeni Alpha kerana bertungkus-lumus untuk menjayakan setiap aktiviti yang telah diadakan. 

Ucapan daripada Ketua Kompeni Alpha iaitu KM Sofi Suraya binti Sofruddin.

        Seterusnya, majlis menjemput KMdy Nur Syahirah binti Mad Rosli selaku wakil barisan Top 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI iaitu Pegawai Latih 2 (PL2) untuk memberikan ucapan. Beliau mengucapkan sekalung penghargaan tahniah dan syabas kepada para pelajar Kesatria Negara Kompeni Alpha yang telah hadir dan memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk majlis ini.

Ucapan daripada wakil top 10, KMdy Nur Syahirah binti Mad Rosli.
      Setelah selesai ucapan, KRM Amir Hamzah bin Ahmad Yusuf telah mengetuai bacaan doa makan dan aktiviti diteruskan lagi dengan jamuan makan malam. Semasa jamuan makan malam sedang berlangsung, para tetamu disajikan lagi dengan tayangan multimedia.

Antara para mantan yang hadir.

Para tetamu VIP sedang menikmati hidangan yang disediakan.
      Seterusnya, sesi cabutan bertuah telah diadakan untuk memeriahkan lagi majlis serta penyampaian cenderahati diadakan bagi meraikan para jurulatih yang hadir pada majlis ini. Penyampaian cendarahati juga diteruskan bagi meraikan komander-komander Kompeni Alpha yang berjaya memperoleh keputusan dekan pada semester lepas. Kemudian, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku.

Penyampaian cenderahati kepada pelajar kokurikulum Kompeni Alpha yang bertuah semasa sesi cabutan bertuah.
Gambar kenangan bersama penasihat Kompeni Alpha, penasihat Kompeni Bravo, para jurulatih,
para mantan Kompeni Alpha serta Ketua Kompeni Alpha.
  
Gambar kenangan-kenangan Kompeni Alpha.

No comments:

Post a Comment