MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, March 15, 2017

MAJLIS MAKAN MALAM 'GLITTERING OF THE MASK' KOMPENI SISWA BOMBA BANTUAN SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017


      Pada 6 Mac 2017 bersamaan dengan hari Isnin , Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) telah mengadakan majlis makan malam iaitu 'Glittering of the Mask' di Perkarangan Tun Dr. Ismail 1 (PTDI 1) pada pukul 8.00 malam.

       Majlis ini disertai oleh pelajar-pelajar kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas).Tujuan majlis makan malam ini diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar kokurikulum dan komander kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas).

      Pada majlis makan malam kali ini,KRM Siti Nur Amirah Binti Ahmad Zamri telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis.Ucapan terima kasih serta kata-kata aluan telah diberikan kepada penasihat kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas),wakil Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion IV,Ketua Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas),Komander-komander kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas),Mantan-mantan kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) serta para pelajar semester 1,semester 2 dan semester 3 kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas).

       Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga lagu wajib iaitu lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku serta lagu Wawasan Setia Warga UiTM.Kemudian,majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh pelajar semester 1 kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas)



Bacaan doa oleh pelajar semester 1
 kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas)



       Seterusnya,majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas),KM Ainnur Haqizah Binti Mohd Rapi.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir.Beliau jura turut berterima kasih kepada komander-komander kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) yang bertungkus lumus menjayakan majlis makan malam ini.



  Ucapan daripada ketua kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas),
KM Ainnur Haqizah Binti Mohd Rapi.




       

       Kemudian,majlis menjemput Mejar (K) Ahmad Kamalrulzaman Bin Othman,selaku penasihat kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas),untuk menyampaikan ucapan.Beliau mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada pelajar kokurikulum yang memberikan komitmen dalam kompeni dengan kehadiran yang memuaskan.





Ucapan daripada penasihat kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas),
Mejar (K) Ahmad Kamalrulzaman Bin Othman.




       Setelah selesai ucapan disampaikan,bacaan doa makan diteruskan dan aktiviti disambung dengan jamuan makan malam.Semasa para jemputan menjamu selera,para tetamu disajikan lagi dengan tayangan multimedia yang ditayangkan. 




Para tetamu sedang menjamu makanan yang dihidangkan




       Sementara para tetamu menjamu selera,majlis dirancakkan lagi dengan sesi cabutan bertuah dan persembahan daripada pelajar kokurikulum dan daripada jurulatih-jurulatih kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas).





Tetamu jemputan VIP sedang mencabut nombor bertuah






Antara tetamu yang bertuah semasa sesi cabutan bertuah




       Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada komander-komander kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) yang bertuah melalui undian para pelajar kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas).Selepas itu,diteruskan lagi sesi penyampaian cenderahati kepada para jemputan VIP yang hadir.Kemudian,majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM di Hatiku.




Antara komander kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas)
yang bertuah






 Antara tetamu jemputan VIP yang mendapat cenderahati.







Gambar kenang-kenangan kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas).
























No comments:

Post a Comment