MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, March 09, 2017

MAJLIS MAKAN MALAM KOMPENI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH "THE GLORIOUS MOMENT BULAN SABIT MERAH"

Pada 25 Februari 2017 bersamaan dengan hari sabtu kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengadakan majlis makan malam "The Glorious Moment Bulan Sabit Merah" bertempat Bilik Kuliah Sri Pegaga (BKSP) pada 8.15 malam.

Majlis Makan Malam "The Glorious Moment Bulan Sabit Merah" ini disertai oleh 160 orang pelajar Kokurikulum Persatuan Bulan Sabit Merah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memupuk hubungan yang lebih erat di kalangan pelajar semester 1,2 dan 3, penasihat, penyelaras, komander dan para jurulatih serta memberikan penghargaan dan sumbangan kepada penasihat,penyelaras serta jurulatih-jurulatih kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah.

Pada majlis makan kali ini, KRM Nurul Najihah Binti Jafri dan KRM Nadiah Haziqah Binti Mohd Nasir telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan telah diberikan kepada Penasihat kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah , wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI, Ketua Kompeni  Persatuan Bulan Sabit Merah, Komander-komander Kesatria Kompeni  Persatuan Bulan Sabit Merah, Mantan-mantan Kompeni  Persatuan Bulan Sabit Merah serta para pelajar semester 1 ,2 dan 3 Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga lagu wajib iaitu lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Amir Shahir Bin Roslan.

Bacaan doa oleh wakil pelajar kokurikulum
Persatuan Bulan Sabit Merah, Amir Shahir Bin Roslan

Kemudian, majlis diceriakan lagi dengan persembahan pembukaan daripada para komander Persatuan Bulan Sabit Merah.

Persembahan pembukaan daripada para komander
Persatuan Bulan Sabit Merah.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada penyelaras  Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah, Leftenan Muhizan Bin Miskam (KEST).



Ucapan daripada penyelaras Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah 
iaitu Leftenan Muhizan Bin Miskam (KEST)


Seterusnya majlis menjemput Ketua Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah,KM Nur Nadia Binti Rosli untuk memberikan ucapan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu yang dapat hadir pada malam tersebut.
Ucapan daripada ketua kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah,
KM Nur Nadia Binti Rosli

Setelah selesai ucapan daripada Ketua Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah, saudara Amir Shahir Bin Roslan mengetuai bacaan doa makan sebelum para tetamu menjamu selera dengan juadah yang telah dihidangkan. Sambil menjamu selera, para tetamu turut dihiburkan dengan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh biro multimedia. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan sesi cabutan bertuah.
Para tetamu VIP sedang menjamu selera
Antara tetamu yang bertuah semasa sesi cabutan bertuah

Penyampaian anugerah kepada pelajar kokurikulum yang menyertai PERKAD pada semester lepas dan cenderahati kepada para VIP. 
Penyampaian cenderahati kepada wakil peserta PERKAD semester lepas

 Cenderahati diberikan kepada para tetamu VIP

Sebelum bersurai, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Di Hatiku.


Gambar kenang-kenangan ketua kompeni bersama para tetamu VIP

No comments:

Post a Comment