Saturday, January 03, 2015

Sukarelawan Mangsa Banjir UiTM Cawangan Johor di Machang, Kelantan

Pada tiga hari bulan Januari 2015, UiTM telah mengadakan program sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di Kelantan. Peserta dari kampus Pasir Gudang turut melibatkan diri dalam program ini. Kampus Segamat dan Pasir Gudang masing-masing menghantar seramai 36 mahasiswa bagi melengkapkan misi kemanusiaan ini. Bagi kampus Segamat, para peserta terdiri daripada 21 orang pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), 12 orang Komander Kesatria dan tiga orang SUKSIS. Mereka telah berkumpul di bangunan admin seawal tiga petang dan bergerak ke UiTM Machang bersama-sama dengan peserta dari Pasir Gudang. Senarai nama komander yang menyertai program ini ialah:

1. Lt.M(K) Mohd Syafizi bin Shahrani
2. Lt.M(K) Mohamad Ezhar bin Mohd Ehsan
3. Lt.M(K) Hamesah binti Ahmad Zainee
4. Lt.M(K) Nurhaziqah binti Kamni
5. Lt.M(K) Nur Hafizah binti Rahmat
6. KM Nur Hafizah binti Rahmat
7. Lt.M(K) Shazni bin Amim
8. KRM Siti Saliza binti Md Said
9. KRM Marni Addina binti Zulkarnain
10. KRM Muhammad Zulfadhli Fazoli bin Zakaria
11. KRM Muhd Atiff bin Azizi
12. KRM Muhammad Zikrib bin Hairuddin

Pada hari kedua, 8.15 pagi, para peserta dari kampus Segamat telah bertolak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Mak Wan manakala kampus Pasir Gudang pula bertolak ke SK Manik Urai bersama IM4U. Mereka juga turut ditemani Menteri Pertahanan, Dato' Hishammuddin yang datang dengan menaiki helikopter. Peserta dari Segamat mengemas dan membersihkan surau, bengkel, kelas darjah satu dan dewan terbuka. Tepat pada pukul 6 petang, mereka pulang semula ke UiTM Machang. Pada pukul 8 malam, mereka menikmati nasi goreng sebagai hidangan untuk makan malam.


 

Pada hari yang berikutnya, peserta dari Segamat bersarapan bersama-sama dengan peserta dari Pasir Gudang pada pukul 7.00 pagi. Selepas mengisi perut, mereka bertolak ke UiTM Kota Bahru untuk menghadiri majlis perasmian sukarelawan mangsa banjir yang turut disertai Ayahanda Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Majlis perasmian ini boleh dilihat di kaca televisyen saluran RTM 1. Pada waktu tengah hari, mereka bergerak ke SK Pangkal Mak Wan untuk menyambung kerja-kerja membersihkan sekolah tersebut bersama peserta dari Pasir Gudang. Kali ini, mereka membersihkan pra-sekolah dengan beberapa kawasan yang lain. Setelah selesai tugasan, mereka kembali semula ke UiTM Machang untuk berehat. Kedua-dua peserta dari kampus Segamat dan Pasir Gudang berganding bahu dalam menyediakan makan malam iaitu sardin, kari dan kubis pada pukul lapan malam.






 

Tibalah hari terakhir mereka di Kelantan iaitu pada enam hari bulan Januari 2015. Mereka mula mengemas barang-barang seawal 6.45 pagi dan menunggu ketibaan bas di bawah blok penginapan mereka. Mereka bersarapan bersama-sama dengan peserta Pasir Gudang pada pagi itu serta turut memasak makanan tengah hari iaitu bihun goreng. Pada pukul 11.00 pagi, mereka akhirnya pulang semula ke UiTM Segamat.


 

No comments:

Post a Comment